“Family Dia Pernah Offer Belajar Sekali Di US,”- Afdlin Shauki Kongsi Kisah Persahabatan Dengan Ako Mustapha, Rapat Sejak Kecil!

Share

Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki baru-baru ini ada berkongsi kisah persahabatannya dengan pelakon, Ako Mustapha.

Afdlin juga menjelaskan bahawa mereka sudah berkawan sejak kecil lagi.

“Biar aku berkata-kata sedikit tentang persahabatan. Persahabatan superficial banyak pada ketika ini tapi persahabatan sebenar memang susah utk kita cari. @akomustapha adalah kawan baik aku sejak kecil dulu..

“Masa family aku susah dulu family dia pernah offer aku pergi belajar dgn Ako sekali di US, tapi aku tak ambil pasal aku rasa family aku tak mampu nak tampung belanja makan aku disana walaupun semua kos lain family Ako tanggung..

“Bila dewasa dan kita berkahwin dgn sayang-sayang kami, kami lost touch seketika dalam cuba mencari haluan hidup,” tulis Afdlin. 

“Sekarang ni tiba-tiba kawan baik aku muncul kembali dan setelah mendengar kisah suka duka kami, kami mengambil keputusan untuk bekerjasama kembali untuk saling membantu..

“Kini anak-anak Ako macam anak aku sendiri, family dia macam family aku..kita akan bermula dari bawah kembali akan tetapi kami akan mencapai impian kami untuk berjaya dan memberi manafaat kepada orang..

“True friends will have each others back no matter what. And i will stay true to my friends and family. I will still believe in kebaikan dalam manusia walaupun dunia ni dipenuhi dgn org-org yg kita kena doakan mereka di beri hidayah. Peace+love – afdlin shauki,” tulis Afdlin. 

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji Adlin yang sangat menyanyangi erti sebuat persahabatan.

Untuk rekod, kedua-dua mereka pernah bergandingan dalam filem Buli Balik (2006) arahan Afdlin sendiri.

Foto : IG Afdlin Shauki

Published by
Amynur Akmal