“Family… Someone Special Lah, Dia Istimewa, Rapat Dengan Saya Dah Lama…,” – Zul Ariffin Komen Hadiahkan Range Rover Buat Gayatri Su-Lin

Share

“Tak ada sempena apa pun, saya memang nak berinya hadiah. Saya rasa sesuai kereta tu dengan dia, dia pun suka kereta itu.”

Demikian kata pelakon, Zul Ariffin selepas diminta mengulas mengenai kereta jenis Range Rover yang dihadiahkan kepada penerbit, Gayatri Su-Lin baru-baru ini.

Dia pada sama tidak menafikan Gayatri disifatkan sebagai istimewa dan sudah menganggapnya sebagai keluarga.

“Maksudnya kalau orang itu betul-betul kita hargai dan sayang, ia antara perkara yang kita buatlah. Sudah tentu dia (saya anggap) sebagai keluarga sendiri, bagi saya.

“Family… someone speciallah. Dia istimewa dan dia pun rapat dengan saya dah lama dah. Lebih daripada 10 tahun. Kita sudah kenal, jadi mengapa tidak?

Ia hanya kejutan. Sesekali… tak bolehlah buat selalu,” katanya ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South, pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, bintang Sangkar akan ke ke Udine, Itali 26 April depan bagi menghadiri Udine Far East Film Festival 2022.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH