Pelakon dan bintang media sosial, Syifa Melvin membidas kenyataan yang dibuat pelakon Sarah Hilderbrand mengenai populariti gelaran Instafamous.

“Saya melihat terlampau ramai selebriti internet atau ‘instafamous’ yang merosakkan industri sekali gus menjejaskan masa depan golongan anak seni.

“Semua orang mahu dikenali sebagai ‘instafamous’ tetapi tidak tahu apa sumbangan mereka pada industri hiburan tanah air?,” tulis pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand di Insta Storiesnya tanpa memetik mana-mana nama.

Bagaimanapun, perkara tersebut menarik perhatian Syifa Melvin yang juga sebelum ini turut dikenali sebagai ‘bintang virtual’ menerusi tutorial solekan.,

IKLAN

“I totally disagree dengan statemet Sarah, itulah dunia sekarang, kita tak boleh nak berhentikan perkara sebegitu sebab dunia sekarang adalah dunia cyber, semua benda yang viral adalah dari kuasa INTERNET!

“Pandanglah dari sudut positive yang itu rezeki mereka “instafamous” dan wujudkanlah persaingan yang sihat dalam diri instead of calling people STUPID,” tulis Syifa menerusi Insta Storiesnya pula.

Tambah adik kepada Syatilla Melvin itu lagi, dia menegaskan bahawa setiap tawaran berlakon dan pengacaraan itu adalah rezeki. 

IKLAN

“Artis dan sah sah keluar tv dan sah2 ramai orang tengok TV, medium untuk Instafamous hanyalah di platform Internet yang tak semua mengenali mereka.

“Kenapa perlu ada statement berbaur dengki? Aku pun dikenali sebagai INSTAFAMOUS terkesan sedikit sebanyak dengan statement Sarah. 

IKLAN

“Percayalah pada rezeki Allah, famous macam mana pun kau, kalau itu bukan rezeki dari Allah, takkan jadi hak kau jugak.

“Jadi, jangan menuding jari pada golongan Instafamous bila job tak banyak masuk. Tapi doa pada Allah murahkan lagi rezeki,”kongsi Syifa lagi. 

 Instagram : Syifa Melvin 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI