Penyanyi, Nourul Depp mengimbau kembali kenangan sewaktu novel mengenai dirinya, berjudul ‘Peribadi, Kerjaya & Masa Depan’ diterbitkan sekitar 15 tahun lalu.
Malah, penyanyi lagu Kerana Terluka ini turut berkongsi foto muka depan novel tersebut menerusi Instagram.
Kongsinya Nourul, foto berkenaan sebearnya telah dikirimkan salah seorang peminat yang masih menyimpan buku novel tersebut sehingga kini.
“Buku novel peribadi, kerjaya dan masa depan. Salah seorang fans kami hantaq. Thanks dear. Alaaa lupa sapa nama dia. Nanti tulis kat komen.
“Buku ni diedarkan oleh @kumpulan_media_karangkraf Keluar tahun 2007. Cerita satu chapter dalam kehidupan kami.
“Alhamdulillah masih ada yang simpan. Kalau nak baca boleh pi ke blog kami. Ada semua di situ,” tulisnya.
Nourul juga menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah sentiasa menyokong kerjaya seninya dari dahulu sehingga kini.
“Thank you semua di atas kasih sayang selama kita kenal. I appreciate everyone of you.
“Kita dilahirkan atas dasar cinta. Dan kita harus memanjangkan cinta. #spreadlove. #grateful #nouruldepp,” tulisnya lagi.
Imbas kembali, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab sudah mula menceburi bidang karier seni nyanyian seawal berusia 17 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.Nou
Foto: Instagram Nourul Depp