Susulan luahan hati yang dikongsikan oleh penyanyi Aina Abdul yang teruk menjadi mangsa kecaman netizen, rakan seperjuangan, Ernie Zakri akui dia juga perlu berhadapan situasi sama.
Bagaimanapun, Ernie percaya Aina seorang wanita dan penyanyi yang cekal untuk berhadapan dengan situasi seperti ini.
“Situasi ini kerap berlaku kepada penyanyi wanita? Itu saya kurang pasti. Namun, saya juga sama seperti Aina Abdul yang selalu menjadi mangsa buli siber hampir setiap hari.
“Saya tidak berada di tempat Aina tapi saya faham apa yang beliau rasakan lebih-lebih lagi selepas apa yang berlaku di AJL39, baru-baru ini. Impaknya sangat luar biasa kepada kesihatan mental kita.
“Mungkin Aina menjadi sasaran kerana beliau mempunyai reputasi yang sangat besar dan sedang terbang tinggi ketika ini. Jadi, mungkin namanya lebih ke depan,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Aura itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Pengumuman Konsert Universal Music Malaysia di Le Meridien, Petaling Jaya pada Selasa.
Ads
Berehat Dari Media Sosial Lepas Persembahan Besar
Katanya lagi, dia akan memilih untuk menjauhkan diri daripada platform media sosial buat sementara waktu lebih-lebih lagi selepas membuat persembahan besar.
“Saya biarkan keadaan surut sahulu. Kalau kita baca, memang sangat sakit. Namun, saya tahu Aina kuat dan ini bukan pertama kali beliau berhadapan situasi seperti ini.
“Saya ada terbaca apa yang Aina lalui. Saya pun tak faham kenapa kita perlu buat keadaan itu jadi sebegitu,” ujarnya.
Berpada-Pada Berikan Komen
Ads
Dalam pada itu, Ernie turut mengingatkan kepada setiap kumpulan peminat untuk berpada-pada ketika memberikan komen di media sosial.
“Kalau kita sayang seseorang artis, mereka perlu menjaga nama baik artis tersebut. Saya tak kata peminat saya sempurna. Mereka ada juga buat silap.
“Tapi menjadi tugas saya untuk memaklumkan kepada mereka supaya tidak menuding jari. Saya akan cuba neutralkan keadaan.
“Saya tak kata mereka akan ikut cakap saya tapi saya cuba yang termampu.
Ads
“Aina selalu kata bahawa peminatnya seperti tentera. Mereka selalu lindungi Aina. Cuma ada kalanya terlalu berat untuk kami baca perbalahan di media sosial.
“Perang antara peminat ini sudah lama berlanjutan. Saya harap Aina akan okay.
Saya sentiasa mendoakan kejayaannya,” katanya lagi.
Ditanya samada dia kesal apabila rata-rata artis wanita perlu berhadapan situasi seperti ini, Ernie memaklumkan dia tidak berdaya untuk mengawal setiap tindak tanduk manusia.
“Rasa kesal, bengang dan marah itu sudah tentu ada. Kita manusia biasa. Bila kita baca sesuatu isu, kita pun jadi tak faham. Bila tiada isu tapi tetap diwujudkan juga.
“Kita tak boleh kawal orang lain. Saya hanya kawal apa yang mampu saya buat. Contohnya, saya akan nasihat supaya jangan gaduh di platform X.
“Namun, kalau mereka tetap nak bergaduh, ia akan berlaku juga. Saya pun tak pasti macam mana nak lalui situasi ini. Ada kalanya, bagus juga ada kes saman-menyaman ini,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ikmal Amry mengakui dia rasa gembira dan teruja apabila isterinya, Najla Shamsul, kini hamil anak pertama mereka.
Sambil menyatakan rasa syukur, Ikmal, 26, mengakui sudah lama memasang impian untuk memiliki cahaya mata sendiri, mengenangkan teman lain sudah pun berkeluarga.
“Pertama sekali, Alhamdulillah kami bersyukur di atas pemberian ini walaupun kandungan masih dalam peringkat awal lagi. Semoga semua dapat terus mendoakan yang terbaik buat saya dan isteri, InsyaAllah.
“Nak kata merancang itu, tidak adalah. Bagi kami, ini adalah rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Cuma sejak saya berusia awal 20-an pun, saya sudah teringin mempunyai cahaya mata sendiri, lebih-lebih lagi apabila melihat kenalan rapat semua sudah bercahaya mata.
“Itu juga adalah antara pemangkin untuk saya berkahwin muda Saya kalau boleh tidak mahu melambat-lambatkan peluang mendapat anak.
“Najla pun sudah bersedia untuk fasa ini kerana dia sudah terbiasa menjaga anak-anak saudaranya. InsyaAllah kami berdua sudah bersedia,” kata, menerusi Majalah Remaja.
Berkongsi lanjut mengenai perkembangan kehamilan isteri, bintang siri Gantung itu mendedahkan dia turut alami ‘alahan’ pada peringkat awal seperti loya tekak dan tidak mempunyai selera makan.
Selain itu, emosinya pula yang kurang stabil.
“Saya pernah dengar cakap orang tua-tua bahawa simptom kebiasaan perempuan mengandung ini akan dialami oleh suaminya dahulu,” katanya.
Pasangan ini juga belum bersedia untuk berkongsi usia kandungan sehingga keadaan bayi dan ibu stabil, mengikut pandangan doktor.
“Kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan dari zaman saya bujang hinggalah sekarang, saya hanya mengharapkan doa kalian untuk saya sekeluarga dan bayi yang bakal datang ini.
“Setiap doa dan sokongan moral daripada kalian amatlah saya hargai. Kalau ada tip dan ilmu sebagai parents muda, kongsilah kepada kami berdua,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ikmal kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia terbitan A Aida Productions di samping Amelia Henderson, Aedy Ashraf dan ramai lagi.
Foto: Instagram Ikmal Amry
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Legenda TV dan filem Hollywood, Richard Chamberlain, disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu yang lalu di Hawaii akibat komplikasi selepas diserang strok.
Menurut jurucakapnya, Harlan Boll, Richard menghembuskan nafas terakhir dua hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-91.
Bintang yang pernah menggondol tiga Anugerah Golden Globe ini bukan calang-calang pelakon. Selain beraksi di layar kaca dan lebar, Chamberlain juga cemerlang dalam dunia perfileman dan pernah bergelar penyanyi, askar, pelukis dan juga penulis.
Namun, nama beliau benar-benar meledak menerusi watak Dr. Kildare, seorang doktor muda yang bukan sahaja pintar tetapi juga cukup memikat.
Siri yang ditayangkan dari tahun 1961 hingga 1966 itu menjadikan Richard pelakon pujaan ramai sehinggakan pada tahun 1963, beliau nerjaya membawa pulang trofi Anugerah Golden Globe untuk kategori Pelakon TV Lelaki Terbaik.
“Semuanya seperti mimpi yang jadi kenyataan. Siri itu meledak di seluruh dunia. Saya sangat gembira dengannya,” katanya dalam satu temu bual pada 2021.
Bukan itu sahaja, Chamberlain juga mencipta sejarah apabila digelar sebagai “Raja Siri Mini” pada era 1980-an.
Beliau membintangi Shōgun pada tahun 1980 dan The Thorn Birds pada 1983 , dua siri yang melonjakkan namanya ke tahap lebih tinggi dan turut menyumbangkan kemenangannya menggondol dua lagi anugerah Golden Globe.
Antara filem besar lain yang pernah menampilkan Chamberlain termasuk The Towering Inferno (1974), Julius Caesar (1970), The Three Musketeers (1973) dan Birds of Prey.
Beliau turut memainkan watak Jason Bourne dalam versi asal The Bourne Identity yang diterbitkan dalam bentuk mini siri TV pada 1988.
Menjelang tahun 2000-an, Chamberlain masih aktif dan sempat muncul dalam beberapa sitkom popular seperti Will and Grace, The Drew Carey Show dan Desperate Housewives.
Menerusi siri popular Desperate Housewives, Richard memegang watak sebagai bapa tiri kepada watak Lynette Scavo lakonan Felicity Huffman.
Kredit lakonan terakhir beliau di IMDb adalah menerusi filem misteri Finding Julia yang ditayangkan pada 2019.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak kira sesiapa, sudah pasti setiap orang suka mengambil gambar swa-foto dan berkongsi di laman media sosial.
Menjadi perhatian peminat apabila ada segelintir artis wanita yang jelita misalnya yang senantiasa mengambil gambar swa-foto sambil membuat mimik muka yang kelihatan sangat comel.
Jadi jom kita lihat 5 artis wanita yang gemar berswa-foto sambil membuat mimik muka yang comel dan menawan.
1.Nora Danish
2.Ruhainies
3.Emma Maembong
4.Uqasha Senrose
5.Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon tersohor tanah air, Bront Palarae terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klang...