MH terkejut apabila terbaca bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee dikecam kerana tidak memakai pakaian mengikut syariat Islam.

Bukan ibunya dikecam, tetapi anaknya yang baru berusia tiga tahun turut menjadi mangsa kelancangan netizen berkata. Eh kenapa pulak?

Farah Lee Dikecam Tak Pakaikan Anak Ikut Syariat?

Dalam masa sama, Farah juga akui terkejut apabila anaknya, Maream Esabel yang masih kecil untuk dihakimi dari cara berpakaian.

Farah mendapat kecaman selepas memuat naik gambar anaknya memakai skirt pendek dan tshirt.

Ads

Bagaimanapun, Farah telah memberi penjelasan selepas dikecam netizen menerusi entri terbarunya di Instagram.

. Bila kena kecam tak pakaikan anak kecil ikut syariat be like ?? Hiks ? . Gambar semalam ada few tanya kenapa tak ajar Maream pakai ikut syariat. Tersentap juga mak ? Maream ni 3 tahun rasanya umur dia, bukan 13, apatah 30 ? #ommasarcastickasar hehe.. . “Jangan terlalu cepat mendewasakan kanak2. Kita perlu akur yang kanak2 bawah umur tak perlu pakai ikut syariat lagi kan.? Tapi taklah sampai terlalu mendedahkan. Tambah kanak2 kuat bermain dan berpeluh, tutup litup, mereka takkan selesa. Kita juga sebenarnya banyak tak selesa, tapi sebab dah besar dan faham jadi kita teruskan. . Saya ada kawan pakai tutup litup dari kecil tapi bila besar buka semula dan lagi bukan main. Saya ada kawan yang sebaliknya. Bagi saya, ajar anak seiring dengan umur. Praktikal tidak bermakna jika tidak diiringi dengan pemahaman. . Waktu sekarang, bantu penuhkan perkembangan EQ mereka dahulu, bila besar, EQ stabil, senang faham dan rasional, jadi masa tu, mereka akan tahu bila perlu menjaga aurat dengan rela, bukan pakai kerana terpaksa. Buat sesuatu kerana faham, supaya kemudian tidak mudah terpengaruh orang. . Itu pendapat saya lah. Saya tiada masalah dengan orang yang pakaikan pakaian muslimah pada anak2 sejak kecil, kerana itu pilihan mereka :)” . Apa kata kita belajar terima preference orang yang berbeza2, selagi ia tidak melanggar batas agama.? Life is short, learn to tolerate, spread positivity and be nice. Kita enjoy k.? Sambil ingat Tuhan ? – Gambar sekadar hiasan hehs . [3years4months] #mareamesabel #ommabebel

A post shared by F. L. (@farahlee_) on

Menurut Farah, dia tidak mahu terlalu cepat mendewasakan anaknya dengan pakaian orang dewasa Islam. Anaknya masih dibawah umur dan tidak perlu untuk mengikut syariat lagi, tetapi tidak sampai terlalu terdedah.

Ads

Tambahnya, kanak-kanak kuat bermain dan berpeluh, bertutup litup akan membuatkan mereka tidak akan selesa.

Farah Lee Dikecam Tak Pakaikan Anak Ikut Syariat?

Ads

“Kita juga sebenarnya banyak tak selesa, tapi sebab dah besar dan faham jadi kita teruskan.”

Malah, Farah juga berpendapat mengajar anak biarlah seiring dengan umurnya kerana praktikal tanpa pemahamam juga tidak berguna.

“Waktu sekarang, bantu penuhkan perkembangan EQ mereka dahulu, bila besar, EQ stabil, senang faham dan rasional, jadi masa tu, mereka akan tahu bila perlu menjaga aurat dengan rela, bukan pakai kerana terpaksa.”

 

 

“Buat sesuatu kerana faham, supaya kemudian tidak mudah terpengaruh orang. Itu pendapat saya lah. Saya tiada masalah dengan orang yang pakaikan pakaian muslimah pada anak-anak sejak kecil, kerana itu pilihan mereka.” tulisnya dilaman tersebut.

Farah juga menyeru orang ramai agar belajar menerima pilihan orang yang berbeza-beza, selagi ia tidak melanggar batas agama.

Farah Lee Dikecam Tak Pakaikan Anak Ikut Syariat?

“Life is short, learn to tolerate, spread positivity and be nice. Kita enjoy k.? Sambil ingat Tuhan.” tambahnya lagi.

Aduh kesian Maream. Baru sahaja berumur 3 tahun, sudah dilemparkan pelbagai kata-kata yang tak sepatutnya. Bagi MH tak perlu kanak-kanak dipaksa berlebihan, cukuplah dia tidak terlalu terdedah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI