Categories: Berita Uncategorized

Farah Nabilah Selamat Lahir Bayi Lelaki – “Terima Kasih Atas Doa…”

Share

Pelakon jelita, Farah Nabilah memaklumkan selamat melahirkan putera sulungnya pada pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi Farah menerusi akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum semua Syukur alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan my first baby boy yang sihat pada pagi tadi, 22 October 2020, 5 Rabiulawal 1442.

“Fawaa akan share nama and his face bila tiba masanya ya,” tulisnya.

Dalam pada itu, bintang drama bersiri Titian Cinta ini turut menitip ucapan terima buat semua yang telah mendoakan keluarganya.

“Terima Kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini.

“May Allah bless everyone with happiness especially dalam keadaan macam ni. Be safe semua.,” tulisnya.

Sekadar informasi, Farah mendirikan rumah tangga bersama Mohamed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019.

Video: Instagram Farah Nabilah

Published by
Nazar Rafiqhi