Tujuh tahun perkenalan, akhirnya mereka diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz.
Pelakon Farah Nabilah telah selamat bergelar isteri kepada Mohamed Amirul Yunus malam tadi di Mutiara Ballroom, Royal Chulan,Damansara.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling, Mastori Marsidi.
Berkongsi detik ketika majlis berlangsung,Amirul ada cerita sendiri.
“Saya cuba menghafal banyak kali skrip sebelum akad nikah, tapi bila tiba masa kemuncaknya malam ini, tak sama sebab jantung saya berdengup sangat laju.
“Tapi apa pun Alhamdulillah hanya sekali lafaz sahaja dan semuanya berjalan lancar,” kata Amirul kepada MH selepas majlis akad nikah.
Ads
Pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek turut menerima mas kahwin sebanyak RM1000 dengan berbalas tujuh hantaran masing-masing serta wang hantaran bernilai RM77,777.77
Malah, angka tersebut membawa simbolik cinta mereka.
“Saya mengambil angka tujuh untuk nilai wang hantaran itu kerana ia nombor kegemaran.
Ads
“Tak sangka, angka tujuh itu juga merupakan simbolik tempoh percintaan kami selama tujuh tahun,” ujar Farah selepas majlis akad nikah.
Saling memahami kerjaya masing-masing, Farah dan pasangannya yang merupakan seorang juruterbang ini menganggap bahawa hubungan mereka sangat kuat dan itu merupakan perancangan Allah.
Ads
“Kami mengambil masa yang agak lama juga iaitu selama tujuh tahun kerana tugasan dan kerjaya masing-masing.
“Kahwin ini perlu dirancang sebaik mungkin sebab ia melibatkan jangka masa yang panjang antara kita dengan pasangan.
“Rancangan Allah sangat indah dalam mengatur kehidupan kami,” akhiri Farah.
https://www.youtube.com/watch?v=711okB_HEEU
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular Korea Selatan, Song Joong Ki, 38, mengumumkan khabar gembira bahawa dia sudah berkahwin dengan teman wanitanya, aktres British, Katy Louise Saunders, 39.
Joong Ki memaklumkan perkara itu menerusi laman web kelab peminatnya pada Isnin.
Aktor itu turut mengumumkan isterinya kini sedang hamil namun tidak mendedahkan usia kandungan berkenaan.
“Kami impikan hidup gembira bersama. Kami berusaha untuk sentiasa berpegang pada janji antara satu sama lain dan bersyukur menyambut kehadiran orang baru (anak) dalam hidup kami.
“Hari ini (Isnin) dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang antara satu sama lain, kami kini dalam perjalanan pulang selepas mendaftarkan perkahwinan untuk memulakan hidup bersama sebagai pasangan suami isteri,” katanya.
Joong Ki menyifatkan isterinya seorang yang sentiasa menyokongnya malah menjadikan dirinya lebih baik dari hari ke hari.
“Saya berjanji untuk hidup bersama Katy Louise Saunders yang selama ini sentiasa di sisi saya. Dia seorang wanita yang baik dan saya amat menghormatinya.
“Terima kasih kepada dia kerana kehadirannya menjadikan saya lelaki yang lebih baik,” katanya lagi.
Pelakon drama Reborn Rich itu juga turut menghargai sokongan yang telah diberikan peminat terhadapnya selama ini.
“Buat peminat, terima kasih kerana sentiasa menyokong saya selama ini,” kata Joong Ki.
Joong Ki sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Song Hye Kyo pada 2017 selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Descendants of the Sun.
Bagaimanapun, jodoh mereka tidak kekal lama apabila disahkan bercerai pada Julai 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang iaitu Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025 melakar sejarah apabila memperkenalkan lagu tema dan muzik video Raya Sebenarnya buat pertama kali sejak dianjurkan 13 tahun lalu.
Penganjur yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn Bhd, Rayme Zainal berkata,
pengenalan itu dibuat sebagai satu kelainan dalam memberi kesegaran kepada Anjung
Syawal sekaligus menambah kemeriahan kepada orang ramai.
Lagu Raya Bantu Promosi
Raymie yang juga penyanyi menjelaskan, ini kerana ia melibatkan dan sokongan golongan
pempengaruh serta selebriti tempatan dalam menyemarakkan sambutan Aidilfitri
sebagai peluang besar bagi mempromosi keunikan bazar itu.
“Kita tidak boleh menafikan pengaruh selebriti dan pempengaruh di media sosial yang memainkan peranan penting dalam menyerikan Anjung Syawal.
“Justeru menerusi lagu dan video muzik, semuanya membantu menyampaikan
kemeriahan menyambut Ramadan untuk membuat persiapan Hari Raya nanti.
“Apabila gabungan lagu dan muzik tema dapat dipromosikan kepada orang, secara tidak langsung mereka akan tertarik untuk melawat datang ke Festival Ramadan Putrajaya 2025,” katanya.
Raymie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Anjung Syawal di Presint 3, Dataran Putrajaya, baru-baru ini.
Raya Sebenarnya ialah nyanyian duet Rayme bersama penyampai radio, Feeya Iskandar atau Cik Piah selain turut diperkenalkan Anjung Syawal@Yang Riang Raya bersama pempengaruh, Pinn Yang.
Turut hadir memberikan sokongan termasuk pelakon Shahz Jazle, Rezza Shah OIAM
dan Ayie Floor88.
Bukan Nak Syok Sendiri!
Dalam pada itu, Rayme yang yang pernah menyertai pertandingan realiti TV All Together
Now pada tahun 2022 menambah, lagu tema berjudul Sebenarnya Raya itu dicipta oleh Choky Nainggolan dan lirik oleh Rayme sendiri.
Ia yang disuntik dengan elemen pop supaya mudah diterima oleh semua di mana mesejnya juga ringan tetapi selari dengan objektif untuk menyambut Aidilfitri dan muzik video lagu itu diadakan di Klang, Selangor selama sehari.
“Tiadalah istilah syok sendiri sebagai penganjur untuk mengambil kesempatan
menyanyi lagu tema ini namun penglibatan saya hanyalah sebagai antara momen
penting dalam kerjaya seni.
“Lagi pun saya memang seorang penyanyi dan tugas saya bukan hanya menyanyikan lagu ini tetapi juga mempromosikan Anjung Syawal melalui platform media sosial.
“Malah rakan duet iaitu Cik Piah juga seorang penyanyi berbakat besar walapun dia penyanyi namun lakonan dalam muzik menunjukkan dia seorang anak seni yang serba boleh,” katanya lagi.
Nakshah itu turut dimuatkan di dalam EP lagu raya berjudul Simfoni Anjung Syawal dan boleh didengari di semua digital platform muzik bermula 7 Mac 2025 manakala video muzik boleh ditonton sejak 28 February lalu di laman YouTube rasmi Rayme Zain.
Sasar Jana Jualan RM10 Juta
Sementara itu, acara yang diadakan selama 33 hari itu menyasarkan jualan merangkumi pelbagai produk dan segmen pasaran menjangkau nilai RM10 juta.
Selaku penganjur, Rayme juga memaklumkan, sasaran itu berupaya dicapai kerana Bazar Aidilfitri yang terbesar di Lembah Klang itu memasuki penganjuran tahun ke-13 dan sentiasa ditunggu semua.
Malah, pihaknya turut menjangka ia akan mendapat sambutan luar biasa dalam
kalangan penduduk di luar Kuala Lumpur yang membolehkan setiap lot niaga menjana
jualan RM30,000.
Bertemakan ‘Memori Ramadan, Aspirasi Syawal’, pelbagai aktiviti dan reruai akan
dilaksanakan dengan konsep kali ini akan menonjolkan serta meraikan kekayaan budaya
Melayu dan kesenian Islam yang menjadi tradisi turun temurun di negara ini.
Malah lokasi Anjung Syawal ini juga menjadi pilihan setiap tahun kerana ia berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sekali gus memudahkan pengunjung menunaikan solat berjemaah dan juga solat tarawih.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Dua anak lelaki kepada pasangan selebriti terkenal, David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Romeo Beckham dan Brooklyn Beckham, dilaporkan tidak lagi bertegur sapa berikutan...