
Drama rantaian Kerana Aku Isteri Bidaan yang disiarkan menerusi slot Samarinda, TV3 akhirnya telah melabuhkan tirai pada Rabu malam.
Menerusi naskhah ini, pelakon utama Hisyam Hamid buat kali pertama digandingkan bersama pelakon meningkat naik, Scha Elinnea.
Pelakon berusia 37 tahun ini juga ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan menonton drama bersiri berkenaan.
“Thank you once again for your wonderful support. Watched us on Tv3, on iQiyi, gave over 150M views on Tik Tok, THANK YOU!
“Till next time.Farel Zafeeq aka Mat Pisang, signing out #KeranaAkuIsteriBidaan @hecallmelayla_,” tulisnya.
Selain Hisyam dan Scha, drama ini turut dibintangi oleh pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, Esma Daniel, Syafnida Shuhaimi, Lydiawati dan ramai lagi.
Kerana Aku Isteri Bidaan ini merupakan sebuah drama yang diadaptasi novel karya penulisan oleh Tulip Unggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hisyam Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Makan Dalam Kereta Tak Boleh, Aku Jadi…,” – Langit Dengan Bumi, Ini Sisi Dini Schatzmann, Janna Nick Dedahkan

Pelakon dan pengacara Janna Nick, 26, ada berkongsikan sikap kekasih hatinya, Dini Azan Schatzmann, 27, yang nyata berbeza dengan hos program Melodi itu.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, perwatakannya pelakon kacukan itu sangat kontra sehingga membuatkan mereka kerap berselisih faham pada awal perkenalan.
Pendedahan tersebut dikongsikan pelakon Cari Aku Di Syurga itu menerusi satu perkongsian panjang lebar di Instagram.
“Don’t lose your present to your past. Beza perangai kitaorang macam langit dengan bumi.
Kontra ya amat. Awal-awal perkenalan dulu, gaduh je lah sebab selalu salah faham dengan perangai masing-masing.
“Dia OCD, aku jenis bersepah (bersepah je la bukan pengotor). Tutup pintu kereta kuat-kuat kena marah, Makan dalam kereta tak boleh. So aku jadi rimas.
Sebab selama aku hidup takde orang control hidup aku. (sebab kan aku membesar dengan tok & tokwan, lepas tu membesar sendiri dekat sekolah asrama).
“So, tiba-tiba muncul sorang mamat ni nak control hidup aku. Of course jiwa raga aku rasa memberontak,” kongsi Janna.
Dia pada masa sama turut mengakui Dini seorang yang terlalu ‘overthinking’ hingga ada ketikanya membuat Janna stres.
“Lepas tu dia ni sejenis OVERTHINK teruk! Dia akan fikir satu satu benda tu punya la complicated sampai aku yang stress. Uish stress wei dengan orang yang overthink ni.
“Macam kau dah takde advise dah nak bagi untuk dia relax. Ayat aku selalu cakap “relax ok, jangan kerut sangat muka tu”.
“Lepas tu, INDECISIVE! (dia akan confuse gila bila nak buat keputusan). Nak beli barang, nak order makanan, nak beli baju..eh macam macam lah!,” tulisnya.
Tambah Janna lagi, perbezaan yang turut ketara adalah mengenai menu makanan yang dimakan.
“Paling yang aku terpaksa jadi fake adalah, bab makanan! Ye…cara kitaorang makan, sangat lah berbeza yer. Aku ni makan la segala jenis mak nenek.
“Dia ni masa awal-awal dulu, VEGAN! (vegan, yang makan daging/ ayam tipu-tipu tu). Bayangkan, dating pun aku kena pura pura aku suka makan makanan dia. Padahal OK OK je lah.
“Pendekkan cerita, banyak lagi perbezaan dari segi mentality & upbringing. Kalau aku nak cerita tak cukup lah karangan dekat instagram ni,” jelasnya.
Bagaimanapun apa yang paling peting ialah untuk cuba saling memahami mesti latar masing-masing berbeza.
“Tapi, point yang aku nak bagitau. Cara kita membesar, persekitaran,didikan,pengalaman yang menjadi kan kita manusia yang berbeza.
“Kalau nak hidup dengan manusia lain kau kena faham yang manusia lain tu jadi begitu & begini atas sebab sebab yang tertentu.
“Kau tak boleh salah kan masa silam dia, Kau tak boleh ungkit kelemahan dia. Sebaliknya kena sama sama fikir macam mana nak tukar kelemahan tu jadi sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan masa depan korang.
“Yang ada pengalaman pahit / sejarah hitam dalam hidup tu..tak perlu nak selalu rasa DOWN sampai kan partner kau rasa tak happy hidup dengan kau.
“KUNCI KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR ADALAH: MENGALAH JE DENGAN PEREMPUAN,” seloroh Janna.
Perkongsian tersebut nyata menarik minat ramai dan ada di antara peminat yang meninggalkan reaksi masing-masing pada ruangan komen.
Sehingga kini, perkongsian Janna terhadap gandingannya menerusi drama Marry Me, Senorita itu sudah pun menerima lebih 89,000 tanda suka.
Foto: Instagram Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi Kelahiran Malaysia, Eison Chai Maut Terjatuh Di Stesen MRT Taiwan

Penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Taiwan, Eison Chai dilapor meninggal dunia akibat terjatuh di bangunan stesen MRT Uzhou pada kira-kira jam 10 pagi pada Rabu.
Pihak polis setakat ini masih lagi menyiasat bagi mencari punca sebenar kematian penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak itu. Eison disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beberapa hari sebelum insiden itu, Chai, 40, ada memuat naik perkongsian sedih di media sosial miliknya dipercayai berkaitan soal cinta.
“Cinta merupakan perkara paling sukar untuk difahami dalam dunia ini namun ia juga sangat mudah. Cintai dia dan kamu akan beroleh kebahagiaan selamanya,” tulis Chai.
Chai memulakan kerjaya di Taiwan pada usia 19 tahun dengan memenangi pertandingan nyanyian Super Idol musim kedua yang diadakan di negara tersebut.
Pada tahun 2019, Chai kemudiannya menubuhkan kumpulan rock, 87 dan melancarkan album pertama mereka, Dream Together pada tahun sama.
Selain itu, dia juga dikatakan telah mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM742,500 selepas perniagaan restoran laksa di Ximending yang diusahakannya mengalami kegagalan.
Chai yang juga merupakan seorang pelakon di sana, mendirikan rumah tangga dengan pelakon Taiwan iaitu Hitomi Wu pada tahun 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Gaji Mak Lepas Potong Tinggal RM900, Tapi Cukup Sara Kami 13 Orang,”- Nourul Depp Kongsi Kisah Arwah Ibu Sebagai Jururawat

Penyanyi Nourul Depp ada memuat naik gambar beserta status berunsur nasihat buat orang ramai di luar sana.
Perkongsian itu dimuat naik anak kelahiran Pulau Pinang itu di Instagramnya.
“Assalamualaikum dan selamat pagi wahai yang rajin bekerja.
“Bekerja lah sebaiknya. Seikhlasnya dan sejujurnya. Rezeki dari Allah. Dia tahu siapa ikhls dan siapa tidak. Jika mahu rezeki dan peluang lebih baik, berusahalah tanpa complaint.
Dalam pada itu, Nourul ada menekankan jenis perkerjaan yang sering mencuri tulang.
“Ni ada jugak yang qeja nak gaji. Nak duit. Tapi qeja main main. Especially yang qeja di bahagian servis. Curi tulang, tak dnegaq cakap boss. Balik awai ikut suka hati. Buli kawan2 tempat kerja dan macam2 lagi..
“Gaji dia nak. Qeja tak betui. Complaint macam2. Dapat gaji pun dia compalint dia kta tak cukup. Macam mana nak cukup kalau hang tu qeja tak betui? Gaji banyak mana pun rasa tak cukup..
“Sebab apa? Sebab tak ikhlas dan tak jujur. Berkatnya rezeki itu andai kita berniat baik dalam pekerjaan. Buat baik sesama manusia. Ikhlas seikhlasnya..
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Selain itu, Nourul ada berkongsi kisah dan pengalaman adik dan arwah ibunya ketika di alam perkerjaan.
“Ini dari pengalaman adik saya dan juga arwah mak yang bekerja seikhlasnya. Semoga arwah mak berada di syurga teratas kerana budi dan tanggungjawabnya sebagai jururawat dibuat seikhlas dan sejujurnya dahulu. Aminnnn
“Langsung tak complain walaupun dah penat. Wanita bersalin back to back dalam sesuatu bulan tu. Tidoq pun tak cukup. Dengan anak anak lagi! Arwah mak the real captain marvel, the real wonder woman, the real superwoman. .
“Gaji mak lepas potong itu ini bukan banyakn pun. Tinggai lh rm900. Tapi cukup menyara kami 13 orang! Pasaipa? Pasai berkatnya pekerjaan dan rezekinya..
“Kalau kita mahu rezeki lebih berkat. Lebih baik, buatlah sebaiknya, seikhlsnya , sejujurnya,” akhiri Nourul.
Nourul memuat naik status berkenaan bersempena dengan Hari Wanita Sedunia pada Jumaat lepas dan memuji sikap adik dan arwah ibunya yang tidak pernah mengeluh ketika bekerja.
Foto : Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI