Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon, Zulin Aziz,33, yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Farhan Norzaini, 35, kira-kira 9.00 malam pada Jumaat.
Majlis diadakan secara tertutup dan sederhana selain dihadiri m keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di kediaman abang bintang berkenaan di Segambut Dalam, Kuala Lumpur.
Pada majlis berkenaan, Zulin Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, menerima dua bentuk cincin (merisik dan bertunang) daripada tunangnya.
“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.
“Majlis pada malam ini juga diadakan serba ringkas. Malah atas permintaan keluarga kami hanya menjemput keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP),” katanya.
Ditanya mengenai Farhan yang berjaya memenangi hatinya sehingga terbuka hati untuk memilih lelaki itu sebagai teman sehidup semati, Zulin percaya Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredai.
Ads
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya,” katanya.
Sementara itu, Farhan menyifatkan Zulin sebagai seorang yang ikhlas selain pandai mengambil hati keluarganya.
“Dia berada bersama saya di saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.
“Di situ saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” kongsinya.
Ads
Menyingkap momen saat pertama kali mereka berkenalan, Farhan akui dia terlebih dulu memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram (IG) selepas menonton rancangan Melodi di TV3.
“Waktu itu saya sedang menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Malah tak semena mena, arwah ibu tiba-tiba cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.
Ads
“Seterusnya, adik saya yang mendesak supaya mengirimkan mesej langsung kepada Zulin di IG. Saya memberanikan diri dan tak sangka diamembalas mesej. Masa itu saya fikir tak mungkin Zulin membalas mesej itu kerana saya hanya orang biasa di antara jutaan pengikutnya yang lain,” kata Farhan.
Pasangan ini menetapkan tempoh kurang dari sebulan untuk ikatan pertunangan dan merancang untuk berkahwin pada 20 Februari 2022.
Pasangan sama cantik sama padan itu saling rapat sejak dua tahun lalu selain menjadi rakan kongsi perniagaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Ihsan Kahnz Photograffiti/Jimmy Kamarudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha Ridzuan, 17, memaklumkan dia kini berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Mia menjelaskan dia mengalami serangan panik dan kerisauan melampau (anxiety) termasuk sukar bernafas sejak tiga hari lalu.
“Alhamdulillah, saya sudah semakin baik. Saya baharu didiagnosis mengalami severe anxiety dan serangan panik.
“Selain itu, saya juga mengalami sesak nafas selama tiga hari berturut-turut tapi sekarang keadaan saya sudah stabil.
“Terima kasih di atas doa anda semua,” tulis Mia di ruangan kapsyen menerusi akaun Instagram kedua miliknya, @miyebersare.
Terdahulu, menerusi akaun Instagram rasminya, @therealmiasara, pengurusnya memuat naik status memaklumkan aktres itu dikejarkan ke dua buah hospital pada Selasa selepas mengalami sesak nafas.
Namun, Mia telah dibenarkan pulang selepas lapan jam mendapatkan rawatan dan kini sedang berehat di rumah.
Sekadar info, Mia memulakan kerjaya seni selepas membintangi drama bersiri Adamaya yang ditayangkan pada tahun 2010.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mia Sara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa jam lalu, chef selebriti Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi keratan video perjalanannya menuju ke sebuah lokasi peranginan di awal pagi.
Maklumnya menerusi Instagram, dia memandu berseorangan ke sana kerana isteri dan anak-anak ada melakukan sesi perkhemahan dan dia telah berjanji untuk bermalam bersama pada sesi tersebut.
Bagaimanapun, Fazley turut menjelaskan dia terpaksa memandu pada awal pagi kerana awalnya terpaksa memenuhi tuntutan kerja.
“Ramai yang tanya saya, lewat malam semalam saya drive sorang2 masuk hutan saya pergi mana? Begini ceritanya
“Anak2 saya ada camping dengan mama dia, saya memang dah berjanji akan teman diorang tidur dalam hutan walau apa pun berlaku.
“Cumanya saya sibuk seharian, jadi dah lewat malam baru saya drive sorang2 masuk hutan. Seram sejuk jugak hahahaha,” kongsi Fazley.
Malah, Fazley turut bercerita mengenai situasi ‘seram sejuk’ sepanjang perjalanan.
“Sebab tak saya tak tahu akan jadi segelap itu. Dengan takde lampu jalan, jalannya kecik dan sebiji kereta atau seorang manusia pun takde.
“Bila dah sampai tepi campsite, kena park kereta dan jalan masuk ke dalam hutan dalam 30 minit.
“Lepas tu di waktu pagi pun saya kena bangun awal, 5 pagi dah bergerak keluar hutan untuk balik semula ke KL sebab dah ada kerja awal pagi. Semuanya demi untuk bersama anak2 dan isteri saya.
“Hutan setebal mana pun sanggup di redah asalkan dapat bersama mereka dalam 3 jam di waktu malam,” jelasnya panjang lebar.
Pelakon jelita, Miera Leyana difahamkan kini sedang bercuti di kota Dubai, Arab Saudi.
Bintang drama bersiri Memori Cinta Suraya ini telah berkongsi beberapa keping foto bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya ketika dia berada di Dubai.
Ternyata, Miera kini kelihatan sangat bergaya dan matang dari usia meski baru berusia 26 tahun.
Selain itu, perkongsian pelakon berusia 26 tahun ini menjadi perhatian peminat dan turut memuji kecantikan Miera yang kelihatan semakin jelita.
Untuk rekod, Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Kasmi telah dilahirkan pada 28 Ogos 1993 di Johor Bahru dan memulakan kerjaya pelakon seawall berusia 15 tahun.
Foto: Instagram Miera Leyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Caliph Buskers terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang mengenakan bayaran terlalu rendah untuk menjemput mereka bagi membuat persembahan di luar Kuala Lumpur.