Aktres Diana Dianelle akhirnya bercerai talak satu dengan aktor dan pengarah, Farid Kamil, 42, kira-kira jam 3.22 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari, Selangor.
Lafaz cerai dilafazkan Farid di hadapan Hakim Syarie Syukran Yusof, menerusi aplikasi Google Meet.
Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, ditemui sejurus prosiding berkata, dia bersyukur kerana proses perceraian berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah, kita sudah boleh tutup buku dan memulakan hidup baharu. Harapnya kita menjadi orang yang lebih baik selepas ini. Soal perasaan, saya tidak mahu mengulas lanjut kerana bagi saya ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.
“Cuma, saya tidak nafikan ia merupakan perkara yang sukar bagi saya dan Farid untuk lakukan,” katanya kepada MH.
Ads
Diana juga menjelaskan, dia sudah bersedia secara mental untuk menghadapi hari ini (perceraian).
“Saya memang sudah berseida untuk menghadapi perkara ini, dan saya hanya menyimpan segala perasaan di ‘belakang pintu’.
“Perihal anak-anak pula, seperti biasa kami perlu menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing. Apa yang penting kami cuba untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, kontroversi rumah tangga pasangan selebriti ini timbul selepas Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, 10 Mac lalu.
Menerusi laporan media, alasan Diana mahu bercerai disebabkan tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Ads
Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktor terkenal, Remy Ishak memaklumkan isteri tercintanya, Ezza Yusof telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada pagi Khamis.
Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak bayinya itu dilahirkan tanpa sebarang komplikasi di sebuah hospital swasta di ibukota.
“Assalamualaikum, Alhamdulilah isteri saya Ezza Yusof telah selamat bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur,” tulisnya.
Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon filem Hijrah Jannah itu menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories.
Dalam pada itu, Remy turut memberitahu, isteri serta anaknya itu kini berada dalam keadaan yang baik.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini, Remy dan isterinya masih belum mendedahkan jantina serta wajah penuh bayi mereka itu.
Sekadar informasi, Remy dan Ezza telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Ogos 2021 selepas hampir lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Remy Ishak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Matthew White, pelakon kanak-kanak Indonesia yang popular menerusi filem seram Danur telah meninggal dunia pada 23 Januari 2022. Berusia 12 tahun, allahyarham muncul dalam siri dua dan tiga filem tersebut.
Wakil dari pihak pengurusan Matthew, Oki Hartanto berkongsi bahawa pelakon itu meninggal dunia di sebuah hospital di Jakarta selepas mendapatkan rawatan untuk penyakit diabetes yang sudah lama dia hidapi.
Pelakon kanak-kanak berbakat besar ini dilaporkan mewarisi penyakit tersebut daripada bapanya dan keluarga perlu mengawasi pemakanannya sejak kecil lagi agar kesihatannya terjamin.
Menurut Oki lagi, Matthew tidak sedarkan diri selepas kesihatannya semakin merosot pada Sabtu lalu, dia kemudiannya meninggal dunia sehari kemudian. Allahyarham dikebumikan di kampungnya di Tegal, Jawa Tengah.
Memulakan karier lakonan memegang watak Hendrick yang merupakan hantu kanak-kanak Belanda menerusi filem Danur 2: Maddah (2018) dan kemudiannya Danur: Sunyanyuri (2019). Sejak itu pelakon comel ini mendapat perhatian dan membintangi beberapa iklan dan muncul dalam pertunjukan fesyen ESMOD Jakarta.
Pemegang watak utama filem Danur, Prilly Latuncosina turut menyatakan rasa sedihnya atas kematian pelakon cilik ini di laman Instagramnya. Ujarnya, “Dear Mathhew, anak baik, anak pintar, anak manis. Sekarang kamu sudah tidak sakit lagi ya sayang. Pasti kamu sudah bahagia di syurga! I miss you so much. Cepat sangat kamu pergi. We love you Matt. Minta Al-fatihah untuk Matt ya rakan-rakan.”
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan