Pelakon Farid Kamil tetap berharap perkahwinan yang dibina bersama aktres Diana Danielle sejak 11 tahun lalu dapat diselamatkan.
Memetik video yang dikongsikan Hlive!, Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, meletakkan pengharapan itu di tangan Allah SWT selain tidak berhenti mencari keberadaan isteri dan anak-anak.
“11 tahun kita sudah mengharungi pelbagai rintangan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah SWT.”
“Harapan saya letak kepada Allah supaya suatu hari nanti kami akan kembali seperti biasa.
“Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi, pada bulan Ramadan ini, banyak limitasi di samping saya sibuk dengan kerjaya sekarang,” katanya.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sementara itu, Farid juga berkata hubungan komunikasi di antaranya dan anak-anak terputus disebabkan Diana telah menyekat nombornya.
Sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan kedua-dua anak pasangan ini diperdengarkan buat kali pertama di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Rabu.
View this post on Instagram
Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak mereka diberikan kepada Diana.
Untuk rekod, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI