
Bekas penyampai berita RTM, Farit Esmith Emir dilaporkan meninggal dunia, pagi ini.
Berita tersebut dikongsikan personaliti televisyen, Eisya Toh menerusi laman Instagramnya.
“Dukacita dimaklumkan ikon Penyampai Berita @rtm_malaysia Farit Esmith Emir meninggal dunia pagi ini. Al fatihah,” tulisnya ringkas.
Difahamkan, ikon dunia penyiaran negara itu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Petaling Jaya, Selangor.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian tersebut, Eisya tidak menyatakan punca kematian Allahyarham.
Foto: Instagram Eisya Toh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kaki Mula Bengkak, Izreen Azminda Kongsi Bakal Lahir Cahaya Mata Kurang Sebulan Saja Lagi

Awal semalam, pelakon versatil ada berkongsi sekeping foto menerusi Insta Stories mengenai perkembangan terkininya yang sarat hamil anak pertama bersama suami, pemuzik Ude Wahid.
Kongsi bintang ini, kakinya mulai membengkak, iaitu simptom normal bagi si ibu yang sarat hamil menantikan masa untuk melahirkan cahaya mata.
“Bengkak sungguh…Tak pa sikit lagi… Kurang dari sebulan ja lagi…,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid diijab kabulkan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah dua tahun kemudiannya.
Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5 tahun.
Sementara itu, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun.
Foto: Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rasa Sakit Akan Selamanya Ada, Lelaki Ini…,” – Selamat Nikah Di Bali, Luahan BCL Buat Ramai Merinding

Bersempena majlis pernikahan yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Cintra Lestari ada muat naik sebuah hantaran video istimewa di laman Instagram miliknya.
Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, Bunga telah meluahkan isi hatinya yang terpendam selama ini.
Menurut Bunga, selepas pemergian suaminya yang juga merupakan pelakon asal Malaysia, Allahyarham Asyraf Sinclair, dia sering tertanya-tanya adakah dirinya mampu kembali mengecap rasa bahagia.
“Melihat ke belakang dan merasakannya kembali, saat aku bertanya, adakah bahagia itu akan ada lagi? Hari demi hari berlalu, sedikit demi sedikit aku beradaptasi dengan rasa sakit.
“Menjalani hidup dengan kesedaran kalau sakit ini tidak akan pernah pergi. Akan tetap ada di situ tapi aku boleh hidup dengannya,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta Sejati ini juga memanjatkan rasa syukur kerana akhirnya dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang telah berjaya menawan dan mengisi kekosongan hatinya.
“Pada sebuah waktu, hadirlah seorang lelaki yang turut membawa rasa sakit melalui kisah hidupnya sendiri. Waktu demi waktu dilalui. Sakit mula dibahagi.
“Aku tak berasa sendiri lagi. Canda tawa kembali hadir. Aku mula merasakan yang aku layak untuk dicintai dan bahagia,” ujarnya lagi.
Menerusi video yang sama, Bunga turut berkongsi momen akad nikah bersama jejaka pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana.
Katanya lagi, pemergian Allahyarham Asyraf akan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hatinya meskipun selepas dia mendirikan rumah tangga.
“Rasa sakit itu akan selamanya ada tapi lelaki ini mengembalikan senyumanku. Dia membawaku ke suatu tempat yang saya sendiri tak berani nak impikan. Yang dipanggil rumah.
“Awak adalah kawan terbaik yang menyinari gelapku. Pasanganku yang kucintai. Terima kasih kerana membiarkan saya menjadi diri sendiri. Terima kasih kerana mencintai diri saya,” akhirinya.
Terdahulu, majlis pernikahan Bunga dan Tiko telah berlangsung secara tertutup di Bali yang hanya dihadiri keluarga dan teman terdekat.
Turut dilihat hadir di majlis tersebut termasuklah kedua ibu bapa Allahyarham Asyraf dan adiknya iparnya Aisyah Sinclair.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram BCL & Luna Maya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kisah Kereta Ditarik, Duit Sewa & Rindui Arwah Ibu, “Hanya Mampu Tengok Gambar, Sedekah Al-Fatihah,” – Anak Lelaki Faziani Rohban Bercerita…

Tiada pengubat bagi kerinduan paling dalam kepada ibunda yang telah pergi.
Jelas anak pengasas produk kecantikan Dnars iaitu Iqbar Hakim Jasman ini, setiap kali kerinduan datang menerpa, hanya foto dan memori teks perbualannya bersama arwah ibu jadi pengubat rindu.
“Setiap kali rindu arwah, saya hanya mampu tengok gambar dan sedekahkan Al-Fatihah. Mesej saya dengan arwah sehingga hari ini saya simpan sebab banyak pesanan di dalamnya.
“Walaupun jasadnya sudah tiada, namun jiwa ibu dalam jiwa saya,” jelasnya kepada MH.
Sementara itu, Lelaki berusia 22 tahun ini sempat imbau kenangan sewaktu kecil di mana dia dan arwah hidup susah senang senang bersama.
Malah, memori kereta ditarik dan tiada wang untuk membayar sewa rumah cukup kuat terpahat di ingatan.
“Arwah ibu bukan berasal daripada orang senang dan saya sendiri sempat merasai kesusahan bersamanya. Bagi arwah, membesarkan saya bukanlah satu tugas mudah dengan keadaan rumah tangga yang retak, besarkan saya sebagai ibu tunggal, kereta kena tarik, tak ada duit bayar cukai jalan, tak dapat bayar sewa rumah.
“Tetapi ibu tetap kuat kerana anak-anak. Selepas ibu berjumpa dengan ayah tiri, Tuan Haji Rizal, waktu itu mereka sama-sama bina perniagaan dan syukur berjaya sehingga ke hari ini,” katanya.
Usahawan muda ini bercerita ketika ditemui pada majlis minum petang Top Beauty Entrepreneur 2020 bersama majalah Nona di Mercu Mustapha Kamal, pada Selasa.
View this post on InstagramA post shared by Majalah Nona (@majalahnona) on
Biarpun masih terlalu mentah dalam dunia perniagaan, namun berkat didikan arwah yang sering ‘mengheret’nya ke hulu ke hilir demi memberi pendedahan, anak sulung daripada lapan beradik itu kini lebih yakin terajui legasi bisnes ibunya.
“Sejak dahulu ibu selalu heret saya untuk fahami selok belok dunia perniagaan kosmetik. Jujurnya saya tidak minat, saya memang minat berniaga tapi bukan dalam bidang kosmetik.
“Hakikatnya, jalan yang Allah tetapkan cukup cantik. Dalam masa setahun dia ajar saya dan harus akur, di sinilah cerita saya selepas ibu meninggal dunia.
View this post on InstagramA post shared by Majalah Nona (@majalahnona) on
“Alhamdulillah adik-adik semua memahami. Cuma adik-adik yang besar agak sukar kerana mereka sedang membesar lebih-lebih lagi adik perempuan.
“Nak jaga adik perempuan bukan senang, dan bila orang tanya bila saya nak kahwin, jawapan saya, tunggu adik perempuan saya kahwin dulu,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Iqbar menerima pengiktirafan Inspirasi Nona Beauty Award bagi pihak arwah ibunya, arwah Faziani Rohban Ahmad di majlis berkenaan.
Foto : Instagram Nona
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI