Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.
Dalam kesempatan itu, penyanyi Linda Rafar ada meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya, Rasimah Abd Rahman apabila dia dan sekeluarga akan melalui Ramadan tahun ini tanpa ibu tercinta.
“Kejap je nak puasa pastu raya… Tahun ni fasa baru nk lalui tanpa arwah mak..
Nampak linda kuat tp linda ni yg paling lemah n x bermaya tanpa org kuat d sisi..
Hidup linda bergantung harap pd mak n family..
“Jika xde mereka hidup linda takkan kuat.. Dugaan demi dugaan yg allah beri namun linda sentiasa berfikiran positif n yakin setiap kesabaran di malas dgn ganjaran yg amat besar..
“Tahun ni niat nk puasa di Mekah tapi masih blum ada kata putus.. Doakan linda trus kuat ye.. Insyaallah dgn izin allah pasti sesuatu yg d hajati di makburkan Allah SWT,” tulis Linda.
Foto throwback yang dikongsikan Linda turut merakamkan kenangan manis dia dan suami, Syed Aiman bergambar bersama arwah ibunya.
Terdahulu, arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam awal Januari lalu akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.
Foto : IG Linda Rafar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI