Pelakon Syafiq Kyle mengakui dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap drama rantaian terkini lakonannya, Bukan Cinta Aku yang rancak bersiaran menerui di TV3.
Tambah bintang Langsuir ini, dia seboleh tidak mahu memberi sebarang target atau ada sasaran kena memastikan setiap drama yang dilakonkan melonjak sebagaimana drama terdahulu, Nur 2.
“Bila habis penggambaran, saya tidak letakkan harapan yang tinggi. Malah bagi saya semua drama yang saya lakonkan pun, saya tak letak harapan tinggi sebab bagi saya naskhah yang bagus pun disokong dengan skrip.
“Bukan Cinta aku adalah untuk tayangan slot Akasia dan sebagai pelakon, rasanya ia sesuai untuk kelompok penonton slot berkenaan.
Ads
“Misalnya Janna dalam Cari Aku di Syurga pula, skrip dia pun saya tak nafikan bagus. Sebab itulah penonton suka dengan drama berkenaan.
“Harapnya situasi tersebut diteruskan untuk drama Bukan Cinta Aku ini,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Syafiq turut mengakui wataknya menerusi drama yang turut menggandingkan pelakon Indonesia, Baim Wong itu tidaklah sebenar mana memandangkan fokusnya hanyalah pada Janna yang mendukung watak sebagai Nur Ariana
Ads
“Watak saya keluar pada episod yang ke tujuh atau kelapan. Ia lebih kepada Janna, dia yang lead, sementara watak saya dan Baim untuk sokong perjalanan cerita. Itu saya punya pandangan.
“Apa pun saya mengharapkan sokongan pencinta drama tempatan untuk terus beri sokongan dan saya tak nafikan, setiap drama punya keistimewaannya yang tersendiri,” jelasnya lagi.
Bukan Cinta Aku yang bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 ditayangkan Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam. Turut sama terlibat di dalam drama tersebut ialah kekasihnya, Mimi Lana yang memegang watak sebagai Qisya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisahnya bermula selepas isteri kepada Shuib, Sarah yang mengambil inesiatif unik dengan menghias motosikal Ysuku pelawak Shuib habis tak ubah seperti sebuah ‘motorsikal berhias’ seperti yang diperkatakan peminat.
Lalu sejak itulah, bermula episod ‘bahan-membahan’ di kalangan rakan baik Shuib yang terdiri dari pelawak Zizan, Achey, Fikry Ibrahim dan ramai lagi. Bagaimanapun, yang paling ketara mengusik Shuib ialah Zizan Razak.
Selain saling berbalas kata pujangga yang berbaur sindiran hingga membuatkan peminat terhibur, sekali lagi mereka mencuri perhatian ramai apabila keduanya saling memuat naik foto lama yang sudah tentunya dalam keadaan yang lucu!
Menerusi entri Instagram, Zizan ada memuat naik foto lama saat Shuib baru sahaja terlibat dalam seni. Foto yang dirakam bersama dua rakan lain itu merakamkan aksi posing Shuib yang mengenakan helmet dan berbaju merah jambu.
Lebih 4,000 komen yang diterima dan para peminat meninggalkan reaksi yang pelbagai. Malah foto tersebut turut menarik perhatian Shuib.
“Wow dia main throwback ek,” tulis Shuib.
Lalu, bapa kepada tiga cahaya mata itu membalasnya dengan turut memuat naik foto Zizan ketika di alam remaja. Foto yang dirakam itu memperlihatkan Zizan mengenakan baju merah belang.
Mahu mengambil gambar seperti instafamous tetapi sering kali gambar yang diambil menggunakan telefon pintar tidak menepati kehendak?
Lebih tak seronok, niat untuk memuat naik gambar ke sosial media juga terbantut, apatah lagi apabila ke rumah terbuka sempena Aidilfitri.
Akibatnya ada yang terpaksa sunting foto tersebut terlebih dahulu dengan beberapa aplikasi foto. Leceh bukan?
Akan tetapi tahukah anda, situasinya pasti berbeza dengan telefon pintar HUAWEI menerusi siri HUAWEI P30 dan P30 Pro tau!
Sebabnya, kini anda boleh mengambil gambar cantik persis instafamous pada bila-bila masa sahaja, lebih-lebih lagi pada mood festival raya tahun ini.
Selain daripada keupayaan canggih yang ada pada kamera telefon pintar itu, anda juga sekurang-kurangnya harus memiliki asas untuk mengambil gambar yang baik.
Tapi ia juga perlulah disokong dengan kaedah lain demi mendapatkan foto yang ‘wow’ standardnya. Barulah semuanya serba-serbi tampak meletup!
Jadi ini dia 5 tips ‘must do’ yang boleh anda ikuti untuk menghasilkan gambar yang baik terutamanya pada musim perayaan nanti.
Mengetahui Sisi Terbaik
Foto: Faliq Fahmie
Pertama sekali, anda harus mengtahui sisi atau sudut yang terbaik sebelum mahu mengambil gambar. Dilengkapi dengan ciri ultra wide lens, anda boleh seimbangkan sudut dibahagian kiri dan kanan anda dengan mudah.
Tambahan lagi dengan teknik solekan bagi gadis di musim raya, memang lagi tampak ‘on pointkan’ kan?
Sudut Pengcahayaan Yang Baik
Foto: Faliq Fahmie
Sudut pengcahayaan yang baik juga merupakan antara faktor yang akan menjadikan gambar anda lawa dan jelas. Masalah ini biasanya berlaku pada waktu malam. Betul tak?
Bagaimanapun, anda tidaklah perlu risau lagi kerana telefon pintar HUAWEI Series P30 dan P30 Pro ini telah pun dilengkapi dengan mood malam yang membolehkan anda mengambil gambar meskipun dalam keadaan cahaya rendah.
Dengan sokongan cahaya yang baik, hasil gambar anda tentulah akan menjadi lebih terang. Misalnya dalam kehangatan raya ini, memang meriahlah cahayanya, warna-warni!
Atasi Masalah Backlight
Foto: Faliq Fahmie
Kadang-kala, terlampu banyak cahaya juga boleh mengganggu kualiti gambar. Bagaimanapun, peranti ini dilihat boleh mengatasai masalah ‘backlight’ kerana dilengkapi dengan HUAWEI TOF Camera serta kecerdasan buatan (AI) untuk mengambil gambar dalam keadaan berdepan dengan cahaya.
Oleh itu, anda tidak berlu lagi untuk kerap bertukar posisi, elak diri daripada cahaya berlebihan. Jadi, masalah gambar gelap tidak akan berlaku lagi. Lokasi mana pun anda beraya, tak akan ada masalah bila bergambar.
Gunakan Ciri 50X Zoom
1x Zoom
5x Zoom
10x Zoom
50x Zoom
Foto: Faliq Fahmie
Meski objek berada di posisi agak jauh, peranti ini mampu untuk menjadikan gambar tersebut seperti diambil daripada jarak dekat sehingga 50x zoom. Ini kerana HUAWEI siri P30 dan P30 Pro dilengkapi dengan ciri Super Zoom.
Ia juga mampu merakam gambar objek yang terletak 10 meter jauhnya dan hasil rakaman kelihatan seperti diambil dari jarak dekat. Hebat bukan?
Apertur
Bagi yang belum tahu, Apertur merupakan mod pada foto yang memberikan kejelasan pada subjek yang kita mahukan. HUAWEI P30 dilengkapi ciri apertur f/1.8, manakala P30 Pro ditambah nilai dengan apertur f/1.6.
Fungsi tersebut membolehkan subjek difokuskan manakala bahagian belakang pula dikaburkan. Jadi, anda tidak perlu bimbang diri akan ditenggelamkan dengan latar belakang yang berwarna-warni.
Teruja untuk merakamkan foto raya anda persis instafamous menggunakan HUAWEI P30 Series ini? Apa kata cuba 5 langkah yang telah kami senaraikan tadi.
HUAWEI P30 dan P30 Pro dijual dengan harga RM2,699 dan RM3,799 setiap satu dan boleh didapati di pusat jualan HUAWEI serta syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian.
Sempena Hari Raya, Huawei ada tawaran yang hebat apabila korang beli siri P30 ni. Korang berpeluang menjadi salah seorang daripada 999 pemenang bertuah untuk memenangi Huawei M3 Lite mulai 3 Mei hingga 16 Jun 2019. Untuk info lanjut, klik https://huawei-raya.com/.
Ada lagi! Dengan pembelian Huawei P30 di kedai dalam talian atau kedai Huawei, korang boleh bawa pulang Wireless Charging Case. Untuk pembelian Huawei P30 Pro pula, korang dapat Snorkeling Case (sementara stok masih ada).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam pada itu, netizen turut menasihati pelakon drama Patah Sayap Bertongkat Paruh itu agar menjaga kesihatan dalaman atas insiden keguguran yang dialami.
Terdahulu, Fasha berkongsi berita sedih di Instagramnya apabila dia mengalami keguguran dan redha akan perkara itu.
Pelakon Ozlynn Waty mendedahkan dia pernah menerima wang nafkah berjumlah RM1 daripada suaminya, Johan Raja Lawak, ketika mereka masih berusaha mencari hala tuju dalam kehidupan dan kerjaya.