Kecoh isu berkaitan penyanyi dan pelakon, Linda Rafar yang meluahkan rasa kesal apabila permintaannya meminta jururawat membantu untuk ditukar cadar ibu seperti tidak dilayan sewajarnya.

Susulan itu, dia meluahkan rasa kesal di Instagram Story lalu ia membuatkan perkara itu menjadi viral.

Ada pihak yang memberikan sokongan namun ada juga yang mengkritik ahli kumpulan Elite berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, ada pihak yang bertindak mengugut Linda dan keluarga sekiranya dia tidak memadam ‘post’ tersebut hingga menyebabkan dia terpaksa membuat laporan polis.

Tidak tahan melihat kakaknya terus dikutuk, adik Linda iaitu Diana Rafar ada muat naik kata-kata semangat terhadap kakaknya itu.

Ads

Dia juga turut berkongsi kritikan seseorang yang menuduh mereka adik beradik lebih pentingkan soal perniagaan daripada menjaga ibu yang sakit di hospital sampai tidak mampu menukar cadar ibu sendiri.

“Wahai kakak kakak ku bertabahlah kita buat biz halal kita cari rezeki berniaga tak salah kita jual susu, protrim ke salah ke.

“Kita miskin jual produk takpe jgn kita miskin dgn akal fikiran. Alhamdullilah Allah masih bg rezeki dan kudrat utk kami jual produk kami.

Ads

“Syukur byk2, jgn kaitkan tak jaga mak dgn isu biz dan perniagaan kami. Terima kasih pd yg hina ni sudi mengikuti perkembangan kami adik beradik @asilah_rafar @lizarafar @zainita04 @lindarafar moga perniagaan kami makin maju amin,” tulisnya.

Fasal Isu Tukar Cadar, Habis Satu Keluarga Rafar Kena Kutuk. Ini Respon Adik Linda, Diana Rafar Pula… Fasal Isu Tukar Cadar, Habis Satu Keluarga Rafar Kena Kutuk. Ini Respon Adik Linda, Diana Rafar Pula…

Terkini, isu berkenaan mendapat reaksi serius daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ads

Susulan kejadian tersebut, KKM telah mengeluarkan kenyataan menerusi Instagram rasmi, @kementeriankesihatanmalaysia.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim menjelaskan pihak hospital sudah mengadakan perjumpaan dengan pengadu dan salah seorang ahli keluarganya secara tertutup pada 28 Disember, jam 10.30 pagi.

Malah, sesi itu turut disertai wakil pengurusan tertinggi hospital, wad dan pakar perubatan yang terlibat.

Foto/Instagram: Diana Rafar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI