Malang tak berbau. Pelakon Fasha Sandha terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor selepas mengalami kecederaan di bahagian mata kiriya pada Rabu.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, cedera dipercayai akibat terjatuh ketika menjayakan babak bersama pelakon Azhan Rani.
Menerusi kenyataan yang dibuat pihak pengurusan Fasha di laman Instagram milik aktres tersebut, mata kiri dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam selepas secara tidak sengaja ditolak Azhan bagi menjayakan babak tersebut.
“Kakak (Fasha) mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set pengambaran Anak tuan TV3 pada 1 mac (pagi semalam).
View this post on Instagram
“Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di Hospital Pakar di Johor Bahru.
“Mohon jasa baik peminat untuk mendoakan Fasha,” tulis kenyataan tersebut.
Video insiden itu turut dimuat naik yang mana kedengaran suara Azhan memohon maaf dan Fasha dilihat menangis menahan kesakitan.
Dalam kenyataan itu juga mengatakan Fasha akan dipindahkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan rawatan lanjut.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Susulan insiden itu, Fasha tidak menyalahkan mana-mana pihak serta menganggap kejadian itu sebagai kemalangan.
“Fasha seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjaya. Pihak produksi telah memohon maaf kepada Fasha dan keluarga.
“Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan terjadi di luar jangkaan,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI