Pelakon Fasha Sandha genap meningkat usia 39 tahun pada Selasa.
Sambutan ulang tahun juga telah dibuat sehari lebih awal iaitu pada malam Isnin bagi meraikan ulang tahun kelahiran aktres berkenaan bersama ahli keluarganya yang lain.
Suaminya, aktor Aidil Aziz tidak ketinggalan memberikan ucapan istimewa buat isteri tercinta menerusi coretan yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
Aidil, 36, mendoakan semua perkara yang baik-baik buat Fasha dalam menjalani kehidupannya.
“Selamat hari jadi kepada dia @fashasandha. InsyaAllah yang terbaik dari Allah untuk kehidupan dia di usia baru.
“Semoga dia terus dilindungi daripada segala bala bencana, agar kesihatan terus perkasa.
View this post on Instagram
“Mudah-mudahan segala doa untuk dia selama ini diperkenankan mulai hari ini, 28hb ini dan di bulan Ramadan ini.
“Aku hanya mahukan yang terbaik untuk dia. Hanya padanya, untuk dia. Amin,” tulis Aidil di ruangan kapsyen.
Fasha sebelum ini terlibat kecelakaan di lokasi penggambaran sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata kirinya.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Untuk info, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac 2019. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Aisya Amaira yang kini berusia tiga tahun.
Fasha turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayfal Ramli, 10, dan Putri Raysha Jemyma, 9 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI