Aktres Fasha Sandha menyifatkan perlantikannya sebagai duta Berryfull menerusi jenama Inayah Beauty bukan sekadar rezeki buat dirinya semata-mata.
Malah, Fasha, 39, berkata ia juga secara tidak langsung adalah untuk para peminat yang mempunyai masalah penurunan berat badan.
“Sebelum ini saya juga mengalami masalah penurunan berat badan dan bukan senang ya nak turunkan berat, tambah pula saya dikritik segelintir netizen kerana bertubuh besar.
“Dan apabila dilamar menjadi duta sesebuah produk, mestilah saya nak cuba dulu kan, sebab peminat akan percaya setiap tips atau perkongsian kesihatan kita.
“Alhamdulillah, selepas beberapa bulan, saya dapat lihat perubahan positif terhadap diri saya dan setakat ini sudah berjaya menurunkan 18 kilogram.
“Bila perubahan diri saya sangat ketara, saya pun makin semangat nak kongsi kepada orang ramai bahawa Berryfull sememangnya menjadi,” katanya.
Lebih membanggakan, produk tersebut juga berjaya meraih jualan paling tinggi iaitu lebih 400,000 jar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi, secara tidak langsung, kutipan jualan kasar hampir mencecah RM20 juta dalam tempoh tidak sampai setahun bintang cantik itu menjadi wajah wakilan mereka.
“Apabila melihat pembelian sehingga lebih 400,000 jar dalam tempoh tidak sampai setahun pun Fasha menjadi duta kami, saya sendiri terkejut.
“Semua ini bermula apabila kami melamar Fasha pada Ogos 2022 dan selepas dia sendiri cuba produk kami sekaligus dapat melihat perubahan berat yang ketara.
“Jadi dia terus setuju dan kami menandatangani perjanjian pada Disember 2022. Kemudian, perubahan bentuk badan Fasha yang lebih langsing buatkan jualannya terus mencabar naik,” kata Dini optimis menerusi acara Zumba With Fasha Sandha di Ruwang @1 Chopati, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ia juga bersempena dengan pembungkusan Berryfull.
Dalam pada itu, Inayah Beauty membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai cabaran kurus 1kg dapat RM1000 dan tempoh cabaran itu bermula 22 Julai sehingga 5 Ogos depan.
Perkembangan mengenainya boleh diikuti menerusi media sosial Inayah Beauty dan Fahsa Sandha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini