Aktres Fasha Sandha memilih untuk tidak memberikan reaksi secara terperinci mengenai penampilannya yang kini ayu mengenakan tudung.
Menurut Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 41, dia berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik.
Diri Belum Sempurna…
“Untuk menjawab mengenai perkara itu, rasanya saya tidak layak untuk bercakap tentang hal berkaitan dengan keagamaan. Saya belum cukup sempurna.
“Pada saya, masih banyak kelemahan yang harus saya perbaiki berbading nak bercakap mengenai kebaikan diri saya.
“Jadi saya tak mahu nak komen lebih-lebih dan mohon ruang untuk saya. Saya pun bimbang andai tersalah cakap.
“Sudah tentu saya meminta doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga, Insya-Allah,” katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata demikian ketika ditemui pada Malam Penghargaan Nona Superwoman Awards 2024 di Damansara, pada Rabu.
Menerusi acara itu, Fasha menerima Fashion & Beauty Award.
Suami Doa Yang Baik-Baik
Dalam pada itu, suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz hanya mendoakan yang terbaik atas apa sahaja perkara yang dilakukan Fasha.
“Kita semua doakan yang terbaik untuk dia. Sudah tentu saya sebagai suami mahukan yang baik-baik. Jadi saya akan sentiasa mendoakan untuk dia,” katanya.
Terdahulu, perkongsian Fasha di media sosial yang memaparkan dirinya sopan berhijab kebelakangan ini menjadi sorotan netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI