Memiliki mahligai cinta yang bahagia dan harmoni merupakan satu impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Terbaru, pelakon Fasha Sandha ada berkongsi sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan telah berkongsi gambar ketika dia bersama suami dan anak-anaknya di Taman Tema Air Legoland, Johor Bahru.
Di samping itu, pelakon berusia 35 tahun itu telah menitipkan kata ucapan yang sangat romatis buat suaminya.
Ads
“Terima kasih suami , melengkapkan hidup kami #iburayfalraysha”tulisnya.
Pelakon Ako Mustapha kini dirawat di zon merah kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan ketiadaan insulin dalam badan.
Perkara itu dikongsikan isterinya, Kartina Shuaib yang berkata, Ako terpaksa dikejarkan ke HKL akibat saraf dan otot tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik.
Menurutnya, dia tidak mengetahui Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 51, tidak mengambil ubat kencing manisnya sepanjang dia bekerja di luar kawasan selama seminggu.
“Ako tinggal bersama anak-anak dan bekerja seperti biasa. Tapi saya tidak tahu yang dia tidak mengambil ubat kencing manis bila saya tiada.
“Apabila saya tiba di rumah, saya lihat wajahnya sudah lain macam. Dia memaklumkan baru muntah selepas minum air dan sup. Apa sahaja yang masuk ke dalam perut akan keluar balik.
“Saya nasihatkan untuk segera ke hospital, tetapi dia enggan. Muka dia pun dah mula senget menyebabkan saya terus hubungi ambulan selepas itu,” katanya.
Bagaimanapun, Kartina menegaskan Ako tidak berdepan penyakit strok.
Tambahnya, Ako akan dipantau selama 24 jam dengan harapan setiap yang dimasukkan ke dalam badannya tidak ditolak keluar.
“Doktor kata bukan strok tetapi sebab tiada insulin dalam badan. Doktor beri dia enam liter air, glukosa beserta insulin.
Berkongsi perkembangan terkini, Kartina berkata, Ako kini sudah boleh membuka mulut dan bertutur, cuma keadaannya masih lemah.
“Pernafasannya lemah dan kuantiti oksigen juga menurun. Tetapi doktor di HKL pantas melakukan kerja. Sekejap saja pulih dan Ako dah boleh buka mata dan senyum.
“Sekarang dia dipindah ke wad isolasi yang tidak membenarkan sesiapa melawat,” katanya.
Ako berkahwin dengan Kartina pada 17 Januari 2009 dan pasangan itu mempunyai empat orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ako Mustapha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu status di Twitter rasmi milik Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mendapat perhatian netizen apabila ahli politik itu dilihat ada memberi titipan kata bersempena dengan ulang tahun perkahwinan bersama suaminya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR memberikan dedikasi ucapan istimewa itu atas kesetiaan hubungan bersama suami tercinta.
“Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.
“Selamat ulang tahun perkahwinan bersama @anwaribrahim yang ke 40,” tulisnya awal hari ini.
Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.
Sehingga kini, status yang dimuat naik sudah pun menerima lebih 8,000 tanda suka bersama-sama ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.
Sementara itu menerusi entri terkininya di platform sama, keduanya yang juga merupakan pemimpin tertinggi dalam kerajaan Pakatan Harapan menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama rombongan Ahli Parlimen PKR yang lain dalam sesi kedua di Istana Negara hari ini.
Bersama ahli2 parlimen Keadilan menjunjung kasih merafak sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDPA XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Istana Negara. pic.twitter.com/EPjMr8mvyc
Pelakon Ruhainies nyata memberikan komitmen baik apabila dilihat kembali bekerja apabila telah pun menjalani penggambaran untuk sebuah acara festival sempena Aidilfitri tahun ini.
Kekal tenang, Ruhainies, 32, turut menjawab pertanyaan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang turut menjalani penggambaran sama.
Aliff bertanya mengenai sumber kekuatannya dan Ruhainies menjelaskan, dia komited dalam hal kerja dan tahu akan kebenaran yang berlaku.
“Satu, sebab kerja. Saya sangat komited kepada kerja. Kedua, bila kita di pihak yang benar, mestilah kita tak takut. Jadi, berani kerana benar,” katanya ringkas.
Dalam klip video sama, Ruhainies juga nampak tenang meski namanya terpalit kontroversi apabila didakwa melakukan khalwat dengan rakan pelakon, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, menerusi laporan media, Ruhainies menafikan hubungan istimewa yang wujud di antaranya dengan Aliff, sebaliknya mereka hanya sebagai rakan yang mengenali sejak lebih 10 tahun lalu.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas menjuarai program The Hardest Singing Show (THSS), penyanyi Aepul Roza mendedahkan dia dan kumpulannya, Drama Band kini semakin kerap menerima tawaran untuk membuat persembahan dengan gimik-gimik ekstrem.