Jika sebelum ini pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah menutup ruangan komen Instagramnya baru-baru ini kerana tidak mahu netizen memberikan kata-kata negatif terhadap posting yang dimuat naik.
Terbaru, pelakon Fathia Latiff pula telah melakukan perkara sama. Menerusi Instagramnya yang kini memiliki 3 juta pengikut, dia telah menutup ruangan komennya itu sejak dua minggu lalu.
Terdahulu, perkara sama turut dilakukan selebriti lain seperti Izara Aishah dan Izreen Azminda.
Masing-masing mempunyai hak sendiri untuk melakukan apa sahaja terhadap akaun sosial media mereka. Tak gitu?
Foto : Instagram Fathia Latiff