Pelakon dan usahawan, Nur Fazura menerusi laman sosial Instagram bertanya pendapat mengenai tindakan penumpang kapal terbang yang bertindak mengherdik ibu bapa yang dianggap tidak mengawal anak-anak kecil.
Situasi tersebut pastinya bukan hal yang mudah, apatah lagi bagi kanak-kanak istimewa yang berasa gementar sewaktu menaiki kapal terbang.
“Nak tanya ibu bapa seluruh Malaysia. Pernah tak anda semua bawa anak-anak kecil naik kapal terbang, dan mereka gementar dalam perjalanan di udara?
“Anak-anak kecil, macam Fatima baru nak masuk dua tahun. Sepupu Fatima pula anak syurga, autistik.
“Apa perasaan anda jika ada penumpang wanita lain mengherdik “IF YOU GUYS CAN’T HANDLE YOUR KIDS, THEY SHOULDN’T BE FLYING!!” sambil menunjuk-nunjuk jari ke arah anak anda?,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Ads
Fazura pada masa sama turut mendoakan agar semua ibu bapa diberikan kesabaran dalam menjaga anak-anak.
Bagaimanapun tidak pasti ia dialami kepada siapa kerana tidak dikongsikan secara terperinci pelakon Pisau Cukur ini yang baru sahaja pulang dari Langkawi sempena menyambut ulang tahun kelahirannya.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan warga maya tampil berkongsi pendapat dan ada yang turut menceritakan pengalaman masing-masing.
Sementara itu, suaminya, pelakon Fattah Amin turut berkongsi hantaran sama menerusi Instagram miliknya.
Demi menghormati penderitaan dan keperitan rakyat di Gaza, Palestin, penganjur Konsert Milenia 2023 mengambil keputusan untuk menunda acara tersebut sekali lagi.
Konsert Milenia 2023 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 25 November depan di Stadium Malawati, Shah Alam akan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh lain yang akan diumumkan kelak.
Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob yang juga penganjur dalam kenyataan media berkata, pihaknya menerima arahan daripada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam yang memohon agar acara tersebut ditangguhkan terlebih dahulu susulan berpendapat ia tidak sesuai dijalankan sekarang.
“Kami selaku penganjur perlu menghormati keputusan tersebut dan bersetuju ia tidak sesuai berlangsung ketika ini, disaat dunia sedang bersimpati dengan perang dan kekejaman Zionis terhadap saudara kita di Palestin.
“Pihak kami juga memulangkan wang kepada semua yang telah membeli tiket dari ticket2u.com dengan kadar segera.
“Kami juga tidak mahu dilemparkan tuduhan negatif seperti ‘scammer’ dan sebagainya berikutan konsert ini juga telah tertunda sebanyak tiga kali diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,” katanya.
Tambah Jeffri lagi, satu tarikh baru akan diberitahu sekiranya berjaya mendapatkan kebenaran daripada pihak berkenaan selepas ini.
“Kepada semua peminat yang menantikan Konsert Milenia 2023, milenia kami akan mengumumkan tarikh baru jika mendapat kebenaran daripada pihak sepatutnya,” katanya lagi.
Dalam pada itu penganjur turut meluahkan rasa kesal dan berasa seoalah-olah dianak tirikan apabila konsert lain seperti Bollywood, Korea, Hollywood dan Kollywood misalnya, tidak pula menjadi pertikaian sesetengah pihak seperti yang berlaku kepada konsert Dangdut.
“Bukan mempersoalkan, jauh sekali tidak berpuas hati… kerana konsert ini pasti akan terlaksana jua, namun perlu mendapat kesesuaian masa kerana faktor luar jangka yang sememangnya di luar batas kemampuan kami selaku penganjur.
“Namun kehadiran pelbagai jenis muzik yang memasuki Malaysia tetap diluluskan konsert mereka seperti kehadiran artis dari Barat, Bollywood, Korea, Tamil namun tidak adil jika muzik dangdut ini dipinggirkan dan dianak tirikan sehingga sebegitu sukar untuk dianjurkan.
“Tidak dapat dinafikan Genre Muzik dangdut ini sangat berat pada persepsi masyarakat namun kami selaku penganjur berpandangan dari perspektif berbeza kerana muzik dangdut ini adalah antara genre muzik tradisi negara sejak dahulu lagi dan kepelbagaian cara mendendangkan irama muzik dangdut ini menjadi sebab utama kami memilih untuk menjayakan konsert ini.
“Selain itu, kami juga telah mendapat kelulusan dari Puspal, PDRM, MACP dan sokongan dari Motac serta Tourism Malaysia untuk mempromosikan Malaysia melalui Genre Muzik dangdut yang sealiran antara dua negara iaitu Indonesia dan mempunyai peminat yang sangat ramai.
“Namun sehingga kini, muzik dangdut hanya sebagai pelengkap kepada genre muzik lain seperti Rock dan Balada yang mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam industri muzik Malaysia.
“Bercerita tentang persepsi gelek dan lucah pula, ia hanyalah persepsi namun ramai yang menganggap irama yang perlu diketengahkan ini negatif. Sedangkan selaku penganjur kami sudah melakukan yang terbaik untuk mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Puspal,” luah Jeffri.
Bagaimanapun, Muzik Milenia Food Festival Ambang Tahun Baru akan tetap diteruskan.
Semasa sesi perbincangan bersama kerajaan negeri Selangor, besar kemungkinan acara tersebut akan diteruskan kerana telah mendapat perhatian daripada YAB Menteri Besar Selangor untuk dijadikan acara penutup tahun di Stadium Malawati, Shah Alam.
Malah besar kemungkinan, ia akan menjadi salah satu lokasi pertunjukkan bunga api di Shah Alam dan festival ini juga mampu memberi peluang kepada para peniaga untuk berniaga pada festival tersebut.
“Walaubagaimanapun ia masih dalam perancangan dan penganjuran tersebut tetap perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa atau Lofa berkongsi satu video yang memperlihatkan suaminya, Haris Ismail yang terpaksa berhenti merakam video selepas dipanggil Lofa kerana sudah awal pagi.
Lofa yang juga bekas hos program MeleTOP itu berkongsi video santai berkenaan di aplikasi sosial, TikTok.
Tular di laman Twitter apabila sekeping foto merakamkan wajah seorang mirip Instafamous dan model Muslimah, Sharifah Rose tanpa hijab.
Dipercayai, foto tersebut dirakam saat bercuti di luar negara baru-baru ini.
Malah, kelibat seorang lelaki mirip kekasihnya, anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid turut kelihatan bersama.
Mengakui kekhilafan diri, wanita ini tampil membuat permohonan maaf di laman Twitter kerana telah mengecewakan pengikutnya.
Jelas Rose, walaupun dia sedar tiada alasan bagi membuka hijab, namun menjadi tanggungjawabnya memberi penjelasan.
Ulasnya, sewaktu bercuti bersama teman-teman ke Phuket, dia meluangkan masa di pantai dan telah mengenakan pakaian sopan, walau bagaimanapun, topinya basah.
Atas sebab itu dia terpaksa mengeringkan penutup kepalanya.
Namun dia tidak menyangka ia merupakan 10 minit paling tragis dalam hidup apabila ada yang berkongsi momen tersebut di laman Instagram.
Wanita berusia 21 tahun ini turut mengucapkan penghargaan buat peminat yang tidak jemu memberi semangat dan nasihat atas apa yang berlaku.
Dalam pada itu, bintang Hollywood, Ali Gatie yang popular menerusi lagu Its You turut memberi galakan dan menyifatkan tindakan Rose memohon maaf sebagai satu sifat terpuji dan matang.
We are all human ! I love you and support you ! Takes a mature person to have this reaction . We are all proud of you @sharifahrosehttps://t.co/TtUwC2FB0u