
Perkongsian satu foto di entri Instagran pelakon Fatin Nur Afifah Shamsuddin atau nama komersialnya, Fatin Afeefa baru-baru ini mendapat perhatian netizen.
Ini kerana, foto tersebut dirakam bertiga bersama rakan pelakon, Nazim Othman dan anak sulung Fatin, Adam Aisy Arrian.
“Good night,” tulisnya ringkas.
Melihat di ruangan komen entri tersebut, rata-rata peminat memberikan pendapat pasangan ini sangat secocok jika bersama.
Malah, peminat turut mendoakan agar pasangan ini disatukan sebagai suami isteri.
Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam Shahz, pada 21 Disember 2013.
Mereka kemudiannya bercerai talak satu pada 20 Mei 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya Ivy Herra Sophia.
Wanita ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian menerusi perkahwinan terdahulu.
Foto: Instagram Fatin Afeefa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penampilan Mira Filzah ‘Difilter’ Suami; “Dia Nak Tengok ‘Puan Amirah’ Berbanding Mira Filzah.”

Sejak mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengakui penampilannya kini ditapis terlebih dahulu oleh suaminya, Wan Emir Astar.
Menurut Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, suaminya mempunyai pendekatan tersendiri dalam menegur cara pemakaiannya sekiranya ‘tidak berkenan’ dengan sesuatu yang digayakannya.
“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu tegur secara subtle (halus). Macam dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang ‘Puan Amirah’ bukan Mira Filzah.
“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur “tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit”.
“Jadi saya pun faham maksud Puan Amirah itu seperti mana yang dia mahukan,” kata Mira dalam program bual bicara Next To Neelofa 2.
Dalam program itu juga, Mira mendedahkan dia merancang untuk memiliki tiga atau empat cahaya mata untuk menyerikan lagi bahtera rumah tangganya.
“Saya merancang nak ada tiga atau empat cahaya mata. Yang anak pertama ini, memang saya dan suami merancang sampai kami dapat suntikan dos kedua vaksin.
“Sekarang, saya teruja untuk melihat perkembangan Amir, kalau boleh saya nak tengok setiap first moment dia, seronok jadi ibu ini.
“Dan saya juga banyak belajar daripada Neelofa yang sering berkongsi apa-apa maklumat dan informasi yang berguna tentang perkembangan usia awal kanak-kanak,” katanya lagi.
Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar yang merupakan seorang arkitek pada 3 September 2020.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir, yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Mana Nak Cari Suami Yang Soleh,” – Tanya Siti Nordiana

Penyanyi Siti Nordiana atau sinonim dengan panggilan Nana telah memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, keratan video tersebut Nana telah berkongsi perbualan panggilan video bersama pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Paling Comel itu bertanya mengenai pelbagai soalan termasuk untuk mencari calon suami yang soleh secara berseloroh.
“Haa baik ngaku sapo jumpo bakal mak & bapa mertua tunduk hormat sampai meniarap tu baik cakap.
“Byk lagi soalan2 best nana tanyo kek ustaz @syamsuldebatofficial . Kalo nak tau leh tengok You Tube channel Nana.
“Link ada kat igstory nana #sitinordiana #nanatanyaustazjawab #salamjumaat,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat turut memberi reaksi yang pelbagai terhadap perkongsian penyanyi berusia 35 tahun itu.
Video : Instagram Siti Nurdiana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Belum Menjadi Suami Yang Sempurna Tetapi…,” – 7 Tahun Tempuh Rintangan Bersama, Aliff Aziz Rindui Bella Astillah

Bersempena ulang tahun perkahwinan keempat, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz telah menitipkan ucapan buat isterinya, Bella Astillah.
Penyanyi lagu Sayang-Sayang ini mengakui sepanjang tempoh perkenalan kira-kira tujuh tahun dengan Bella, keduanya banyak jatuh bangun bersama.
Malah, bintang asal Singapura itu turut menyifatkan dirinya belum menjadi yang terbaik sebagai suami buat ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Hari ini menandakan ulang tahun ke-4 untuk kita sayang. Saling mengenali selama 7 tahun dan menempuh banyak rintangan bersama sejak itu.
“Saya belum menjadi suami yang sempurna tetapi Allah memberkati kami untuk terus kuat,” titip Aliff.
Dia pada masa turut berdoa agar pandemik ini segera berakhir bagi membolehkannya bertemu dengan insan tersayang di Malaysia.
“Dengan adanya bayi cantik kami @ aydenadrean17 dan @araadreanna saya doakan wabak ini segera berakhir dan saya dapat berjumpa mereka kembali.
“Semoga tahun-tahun yang mendatang diberkati datang untuk kita insyaallah. Saya sayang awak! @bellaastillah,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by 𝐀𝐥𝐢𝐟𝐟 𝐀𝐳𝐢𝐳 (@iamaliffaziz) on
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016.
Rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan bercerai pada Mei 2019 tetapi rujuk kembali dalam tempoh iddah.
Selepas itu, Bella selamat melahirkan anak kedua mereka Ara Adreanna yang kini berusia hampir dua bulan.
Anak sulung pasangan ini, Ayden Adrean kini sudah pun mencecah usia 4 tahun.
Foto: Instagram Aliff Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI