Berita

Fattah Amin Berhati Mulia, Tak Ambil Komisen Walau 1 Sen & Minta Infak Golongan Memerlukan – “Pak Mat Minta Izin Kongsi Buat Inspirasi…”

Share

Pelakon Fattah Amin mahu menyalurkan wang komisen hasil daripada penglibatannya dalam mempromosikan sebuah produk makanan, baru-baru ini sebagai sumbangan infak kepada golongan memerlukan.

Sekaligus, penyanyi lagu Wanita Terakhir berusia 34 tahun itu memilih untuk tidak menerima walau satu sen daripada komisyen berkenaan.

Menerusi tangkap layar perbualan dengan pihak jenama Pat Mat Western yang mengeluarkan produk makanan perap yang dikongsikan

di Facebook, Fattah meminta pihak pengurusan mengendalikan niat murninya itu.

“Kecewa dengan tindakan Fattah Amin. Pak Mat kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil 1 sen atas hasil penat lelah menjual kambing.

“Tapi, Pak Mat bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan. Pak Mat minta izin untuk kongsi buat inspirasi rakyat Malaysia.

“Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Moga dibalas segala kebaikan Fattah Amin,” tulis paparan terbabit bersama tangkap layar perbualan dipercayai bersama Fattah.

Menerusi tangkap layar itu juga, dapat diperhatikan nilai komisen yang dikaburkan dipercayai berjumlah ribuan ringgit.

“Alhamdulillah terima kasih boss. Cuma komisen tu nak minta tolong team Pat Mat uruskan boleh? Infak kepada orang yang perlukan,” katanya.

Terdahulu, Fattah tampil mempromosikan jenama berkenaan dalam sebuah iklan yang ditayangkan di sosial media sekaligus menjadi sorotan ramai pihak.

Sehingga kini, perkongsian daripada Pak Mat Western di Facebook itu sudah pun menerima lebih 20,000 tanda suka dan disusuli dengan ribuan komen daripada warganet.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

@mediahiburanofficial Perkongsian terkini Fattah Amin bersama anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya. Turut kelihatan di dalam hantaran sama ialah ahli keluarga Fattah yang lain. [IG: fattahaminz] #MHnews #MediaHiburan ♬ bunyi asal – 𝐍𝐋𝐍
Published by
MH