Tahu tak sebelum pelakon, Fattah Amin sampai ke tahap pelakon popular sekarang ini, dia pernah bermula dari bawah di belakang tabir Skop Production?
Dalam kesempatan MH bertemu dengannya semasa Malam Gala Filem KL Special Force di E@Curve baru-baru ini, Fattah membuka cerita mengenai pengalamannya bekerja di belakang tabir.
“Saya dulu sebelum tukar karier jadi pelakon ini, pernah kerja di Skop Production. Masa tu kerja belakang tabir jadi tukang angkat barang, angkat pasir.
“Kiranya semua kerja-kerja angkat itu ini, saya lah yang buat,” ceritanya.
Tambahnya lagi, disebabkan pengalamannya itu, hubungannya dengan Syafiq Yusof rapat.
“Masa kena angkat pasir tu dengan Syafiq lah, saya cakap pada Syafiq yang sebenarnya saya kerja sini sebab nak jadi pelakon.
“Nasib baik masa itu Syafiq pun bagi ‘support’ kata saya ni bakat ada, ‘rupa’ ada so boleh pergi jauh, hehehe…” tambahnya lagi.
Seronok pula MH dengar cerita Fattah ini, dia membuktikan bahawa ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. Kalau nakkan sesuatu kenalah berusaha untuk mendapatkannya kan?
Dalam pada itu, Fattah juga turut teruja dapat menjadi sebahagian daripada pelakon KL Special Force ini.
“Ini merupakan filem pertama saya dan semestinya saya sangat berterima kasih kepada pengarah, Syafiq kerana memilih saya untuk berlakon.
“Selain itu, pada semua para pelakon dan krew-krew produksi kerana filem ini bukan atas usaha seorang sahaja tapi banyak pihak.
“Saya juga dapat pengalaman ‘shooting’ masa bulan puasa jadi memang kredit pada krew produksi yang bertungkus-lumus,” katanya lagi.