Pelakon, Fattah Amin meluahkan rasa syukur di atas kurniaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 tahun.
Dalam pada itu, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin Bersyukur kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki di tanah suci Mekah sebelum berlakunya pandemik Covid-19 seluruh dunia.
“Alhamdulillah kami di beri kesempatan untuk menjejaki bumi Allah Mekah sebelum pandemik covid melanda dunia.
“Antara doa yang kami mohon ialah semoga dikurniakan zuriat. Subhanallah… Allah Maha Besar.
Ads
“Sekembalinya dari tanah suci, Isteri saya hamil dan zuriat kami dikurniakan tepat pada masanya.
“Tinggal beberapa minggu lagi sebelum hadirnya #KirimanAgung dari Allah SWT buat kami.
“InshaAllah. Di kesempatan sempena hari lahir ini, saya bermohon doa dari kalian semua semoga semuanya di permudahkan Ilahi. 🤲✨✨✨ @missfazura
Swipe left untuk sambungan video,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar bintang drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu dipanjangkan umur dan sentiasa berbahagia di samping keluarga.
Ads
Sekadar informasi, Fattah telah dilahirkan pada 14 September 1990 dan mendirikan rumah tangga bersama Fazura pada 27 November 2017.
Video: Instagram Fattah Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan tampil memperjelaskan dakwaan yang kononnya, dia akan hadir ke mahkamah syariah berkaitan rumah tangga.
Tegas Che Ta mungkin spekulasi yang dibuat itu bukan ditujukan kepada dirinya, tetapi orang lain.
Bagaimanapun, pelakon Kak Marr ini tidak menafikan dia ‘akan naik’ mahkamah berhubung isu produk yang diusahakannya.
“Saya ada juga tanya dengan Afiq (pengurus) mengenai isu saya akan ke mahkamah Syariah. Dia pun tanya mengapa dan tidak tahu menahu. Jadi pada saya, mungkin dakwaan itu tersalah tuju pada saya. Jadi rasanya informasi tu salah. Sama ada salah informasi mahkamah atau tersalah artis.
“Tapi memang kami akan naik mahkamah pun. Bukan mahkamah syariah tapi mahkamah tinggi berhubung dakwaan saya tiru nama sebuah produk lain. Tak sama sebab branding kami berbeza.
“Tapi tak mengapalah, kita cuba jalan tengah jumpa di mahkamah,” tambah Che Ta yang turut memberitahu prosedur tersebut akan bermula awal bulan ini.
Kembali ditanya mengenai keharmonian rumah tangganya kini, Che Ta yang sedia dikenali sebagai antara selebriti yang cukup sporting dalam memberikan kenyataan mengakui, bahtera rumah tangga yang dibina bersama pelakon Zain Saidin turut ada pasang surutnya, sama seperti pasangan lain.
“Tak adalah bahagia sampai 110% kan. 99 plus plus lah. Sedangkan lidah lagi tergigit, sedangkan gigi pun boleh terjatuhkan. Apatah lagi laki bini,” katanya secara seloroh.
Ditanya mengenai poligami pada kaca mata bintang cantik ini pula, begini pendiriannya;
“Poligami itu sunnah Nabi. Eh, ada ke yang orang nak jadi madu Che Ta. Sharing is caring ok je. Sejak bila i tak bagi? Bolehlah…Zain yang tak mau,” jelas Che Ta.
Terdahulu, Che Ta ditemui MH pada majlis Nona Superwoman 2018 yang berlangsung penuh meriah di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara.
Pada malam itu, Che Ta diumumkan sebagai penerima Nona Fashionista Award 2018.
Kumpulan pelawak, Zero sinonim dengan lawaknya yang ‘gila-gila’ dan dialek yang digunakan sering membuatkan ramai ketawa.
Malah gelagat mereka juga memang buat ramai terhibur.
Dalam pada itu, salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Mohd Syaiful Doli Shari atau lebih dikenali sebagai Syaiful telah menyambut ulang tahun hari jadinya ke-30, semalam.
Lantas, ia telah dikongsikan adiknya, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif yang melihatkan gambar throwback mereka bersama ibunya beserta kapsyen berunsur kesedaran.
“Salam semua .. Alhamdulilah Kita pernah dibawah,sekarang pun tetap masih dibawah,tidak ada namanya manusia hamba diATAS, melainkan Dia Allah SWT Selamat ulang tahun,” tulisnya.
Menjengah di Instagram Syarif (adik) pula, dia turut mengucapkan hari jadi kepada abangnya itu.
“Selamat hari lahir abg kami @syaiful_zero semoga kita sentiasa dalam rahmat dan lindungan nya #pantangmundurkecualioperasi ,” tulis Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif.
Penampilan tiga artis terkenal tanah air iaitu Noh Salleh, Ernie Zakri dan Atilia Haron bakal menghangatkan Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) yang bakal diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 30 September ini.
Penganjur Neptunes Present yang juga aktres terkenal,Nabila Huda berkata, Noh akan membuat persembahan secara duet sebanyak dua lagu bersama kumpulan Sore.
“Mereka akan berduet lagu Musim Ujan dari album Sorealist dan satu lagi lagu masih dirahsiakan. Ia juga kejutan buat peminat yang akan datang menyaksikan konsert ini.
“Noh dipilih oleh kumpulan Sore kerana mereka ada pertalian dan sering berkongsi mengenai muzik sejak dulu.
“Muzik dimainkan oleh Noh juga seakan-akan sama dengan muzik kumpulan Sore,” kata anak rockers terkenal, Datuk Amy Search itu.
Selain Noh, kata Nabila, Ernie juga menjadi artis jemputan untuk Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore itu.
“Hasil perbincangan Neptunes Presents dan pasukan Payung Teduh, kami sepakat memilih Ernie sebagai artis undangan kerana karakter suara yang kena dengan tema dan lagu yang akan didendangkan pada malam konsert.
“Ernie juga akan mendendangkan dua lagu Payung Teduh secara duet yang tidak pernah dibawakan secara ‘live’ di Malaysia.
“Ernie akan berduet dengan Payung Teduh menerusi lagu Mari Bercerita dan Berdua Saja.
“Ia juga persembahan duet kali pertama Payung Teduh dengan artis tempatan,” katanya.
Manakala, pemilihan Atilia sebagai artis jemputan pula, kata Nabila, ia diputuskan oleh kumpulan Sore sendiri.
“Atilia adalah artis tempatan pertama yang dipilih Sore dan dia juga bakal mendendangkan dua lagu pada malam konsert.
“Atilia juga merahsiakan lagu yang akan didendangkan kerana ia juga istimewa buat peminatnya dan Sore,” katanya.
Mengulas penampilan artis tempatan, kata Nabila, pihaknya berharap ia akan berjaya menghangatkan lagi Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore.
“Kami berharap dengan penampilan beberapa artis tempatan ini akan menghangatkan suasana konsert di samping mengeratkan lagi ikatan antara pemuzik Indonesia dan Malaysia yang berkolaborasi atas platform muzik,” katanya.
Untuk rekod, Payung Teduh yang pernah menjayakan persembahan di Zepp Kuala Lumpur tahun lalu dianggotai Comi Aziz Kariko selaku pemain bass, Alejandro Saksakame (dram) dan Ivan Penwyn (gitar), manakala Pusakata atau nama sebenarnya, Mohammad Istiqamah Djamad adalah bekas vokalis Payung Teduh.
Payung Teduh dan Pusakata yang kini bergabung sebagai Parade Hujan.
Sore pula dianggotai Ade Firza Paloh selaku vokalis dan gitar, Awan Garnida (bass/vokal) dan Bemby Gusti Pramudya (dram).
Payung Teduh popular dengan lagu seperti Akad dan Menuju Senja, manakala Sore pula terkenal dengan lagu Pergi Tanpa Pesan, Setengah Lima dan Mata Berdebu.
Tiket konsert boleh didapati menerusi laman web myticketempire. Pembelian tiket secara ansuran juga ditawarkan melalui Atome.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!