Pengacara dan penyampai radio, DJ Sonic menyifatkan pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin memiliki keperibadian yang sangat baik dan langsung tidak akan bercakap buruk mengenai satu sama lain kepada orang luar.
Menurut Sonic atau nama sebenarnya, Awang Suffian Awang Hussein, sebagai individu yang sering bekerja bersama Fazura, dia akui terkejut apabila pasangan tersebut memutuskan untuk memfailkan penceraian.
“Apa yang saya letak dalam InstaStory baru-baru ini adalah ikhlas dari hati. Saya rapat dengan Fazura, Fattah dan keluarga mereka sebab sepupu saya berkahwin dengan abang Fazura.
“Beberapa hari sebelum kisah mereka tular, saya ada keluar bersama Fazura. Dengan nama Allah, Fazura tidak pernah bercerita tentang rumah tangganya dengan saya.
“Saya sebenarnya tak mahu campur dalam hal perkahwinan mereka cuma mengharapkan yang baik-baik serta segala urusan mereka dipermudahkan,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, pasangan ini sememangnya sangat disenangi ramai kerana sering memberikan aura positif.
Ads
“Fazura adalah individu yang selalu beri aura positif kepada kita. Dia tidak meluah dan tak bercerita buruk tentang Fattah sebaliknya berkongsi suaminya itu adalah lelaki yang baik sebagai seorang ayah.
“Keluarga Fattah dan Fazura juga sangat rapat sebenarnya. Jadi, apa yang belaku sekarang ini, kita doakan terbaik.
“Fattah adalah sebaik-baik manusia, Fazura juga begitu cuma saya tak boleh sentuh tentang apa yang berlaku sekarang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, penyampai radio Nasional FM itu turut mendedahkan hantarannya mengenai Fazura baru-baru ini telah mendapat kecaman ramai kerana dikatakan hanya bercerita dan menyebelahi satu pihak sahaja.
Ads
Katanya lagi, Fazura juga tidak memberi sebarang respons mengenai perkongsian tersebut sebaliknya hanya menghantar emoji menangis kepadanya.
“Saya memang kena hentam dengan netizen kerana penulisan saya hanya berkaitan Fazura sedangkan saya tak sentuh pun hal rumah tangga mereka.
“Saya hanya bercakap tentang keperibadian, itu sahaja. Tak sangka menjadi sesuatu yang kontroversi pula.
“Fazura hanya hantar emoji menangis kepada saya sebab dia tahu apa yang saya tulis adalah mengenai susah senang kami bersama dan dia pun tidak beri sebarang komen mengenainya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Sonic akui banyak terhutang budi dengan Fazura lebih-lebih lagi sewaktu di mula menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.
Ads
“Untuk makluman semua, saya bukanlah daripada keluarga yang senang. Bila pertama kali sampai ke Kuala Lumpur, Fazura lah yang banyak berkongsi rezeki dengan saya.
“Setiap bulan, saya tiada masalah untuk beri wang kepada keluarga saya di kampung disebabkan Fazura,” akhirinya.
Sebelum ini, nama Sonic menarik perhatian ramai apabila memuat naik hantaran mengenai keperibadian Fazura sepanjang perkenalan mereka.
Terdahulu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada akui terkilan dengan tindakkan suaminya yang menukar keputusan pada saat akhir meskipun kata putus mengenai hak penjagaan anak sudah pun dicapai.
Menurut Shuhada, Hafidz dikatakan menukar keputusannya itu selepas dia bertemu dengan peguamnya sebaik sahaja tamat proses sulh yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Isnin.
“Bila hampir satu jam lebih berbincang dengan pegawai sulh serta sudah pun mencapai keputusan bersama dan mahu menandatangi borang persetujuan, tiba-tiba sahaja dia keluar.
“Awalnya, Hafidz bersetuju nak bagi saya jaga anak-anak dan dia tak boleh bermalam dengan Umaira memandangkan kesihatan mental anak saya itu berada dalam keadaan kurang baik.
“Mungkin Hafidz nak tunjuk yang dia ni hebat sebab boleh selesaikan isu ini tetapi tiba-tiba sahaja dia cakap tak setuju pula dengan semua syarat-syarat selepas dia bertemu dengan peguamnya. Dia tiada pendirian,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai perasaanya tentang prosiding mahkamah yang belangsung pada harini, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklum dirinya sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
“Selepas kata persetujuan dicapai, saya memang sangat gembira. Kemudian peguam saya maklumkan yang rasa gembira saya ini sekejap sahaja. Rupanya memang betul sekejap.
“Bila dia bertemu dengan peguamnya di luar, tiba-tiba saya jadi perempuan keji pula.
“Bagaimanapun, saya dah terbiasa dengan situasi kes bertangguh ini. Saya akan terus berjuang demi anak-anak,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Shuhada turut mendedahkan suaminya itu tidak mengendahkan nasihat pegawai sulh yang memintanya untuk berusaha menjaga hubungan demi anak-anak.
“Pegawai sulh tadi pun ada menasihatkan Hafidz supaya kerap berhubung dengan saya untuk bertanyakan soal anak-anak. Dia perlu tunjukkan usaha untuk mengambil tahu tentang anak-anak.
“Namun, Hafidz bertegas menyatakan yang dirinya tidak mahu berhubung dengan saya. Dia hanya mahu berhubung memalui peguam sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, prosiding hadanah yang berlangsung hari ini gagal menemui jalan penyelesaian dan akan bersambung pada 12 September depan.
Sebelum ini, Nurul Shuhada memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari yang lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mendedahkan dirinya ada membuat panggilan video untuk menghubungi sahabatnya yang juga penyanyi dan pengacara, Alif Satar yang ketika ini sedang menjalani tempoh rawatan Covid-19 di Hospital Besar Negeri Melaka.
Menerusi perkongsian tersebut, Zizan dilihat memberikan kata-kata semangat buat Alif yang kini sudah pun hampir 12 hari ditahan di hospital.
Menurut Zizan, dia berharap agar Alif dapat sentiasa berfikiran positif dan tidak terlalu mengambil pusing mengenai cakap-cakap orang lain.
“Banyak sangat baca pun buat kita serabut juga. Aku tahu kau sihat je. Aku tahu tahap imunisasi kau okay sebab kau orang sukan.
“Kau jangan ikut perasaan yang buat kau susah hati. Kadang-kadang perasaan tu yang buat kau lagi sakit. Aku nak kau okay je,” katanya memerusi panggilan video tersebut.
Di ruangan kapsyen, pelakon filem Polis Evo itu turut menyeru orang ramai supaya minitipkan doa buat Alif serta ahli keluarganya yang lain agar segera sembuh daripada wabak Covid-19 ini.
“Sama sama kita doakan semoga @alifsatar cepat sembuh dan negative result nya untuk next swab secepat mungkin.
“Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin InshAllah amin,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sayu melihat perkongsian tersebut.
Terdahulu, Alif mula disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu, sehari selepas dia membuat persembahan di semi final Muzik Muzik 35 (SFMM).
Sumber: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas memutuskan untuk berehat seketika daripada menggunakan platform media sosial, rapper, Bunga Isme yang diwakili oleh pembantu peribadinya, Sophia ada menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang mengirimkan doa bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-21.
Menerusi perkongsian di Instagram, Sophia mendedahkan Bunga sememangnya berasa sangat gembira terutamanya selepas melihat usaha kreatif para peminat dalam menitipkan ucapan hari lahir buatnya.
“Hi semua Sophia sini! I’m Bunga’s personal assistant and currently Bunga is still not available to be on her social media for some reasons.
“She’s taking a break. On her 21st birthday today ramai sangat-sangat yang wish birthday Bunga, Sophia tak cukup jari nak reply kan semua ni haaa.
“Bunga cakap thanks untuk semua yang wish! Baik family, friends and beloved fans! Bunga happy sangat and hargai setiap wish wish korang tu sebab ada yang wish panjang-panjang, buat video editing and so on! (rajin bethol ko nyah),” tulisnya.
Dalam pada itu, Sophia turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan Bunya yang ketika ini sedang mempersiapkan diri bagi menduduki peperiksaan akhir universiti tidak lama lagi.
“Doakan Bunga cepat sihat, feel motivated selalu and do her best on her final exam ya. Nanti dm korang boleh lah dia reply kan kan! Okay tu jee!!! Goodnight semua!!! Stay safe,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu selain turut berharap agar Bunga dapat kembali aktif di media sosial tidak lama lagi.
Baru-baru ini, Bunga ada memaklumkan dia mahu berehat daripada menggunakan media sosial untuk memberi fokus terhadap diri dan juga pelajaran.
Sumber: Instagram BungaIsme
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!