Pelakon Fattah Amin memilih pendekatan untuk berkampung di set penggambaran selama sebulan tanpa pulang ke rumah demi menjawai watak untuk filem terbaharunya, Kulit Wayang.
Menurut Fattah, dia mengambil masa selama sebulan itu untuk belajar mengenai dialek Pantai Timur dan berjumpa dengan Tok Dalang sebenar untuk memahami seni wayang kulit.
“Sebelum memulakan penggambaran, saya sudah jangka dialek ‘Pantai Timur’ ini akan menjadi cabaran terbesar. Filem ini pula mengisahkan mengenai Tok Dalang.
“Saya pula bukan orang Kelantan. Namun, saya sudah buat persediaan daripada awal dan dibantu oleh jurulatih dialek. Bahasa wayang kulit ini juga berbeza.
“Saya buat persediaan untuk memahami dialog selama tiga bulan. Ada sebulan penuh yang saya tidak pulang ke rumah demi memberikan fokus terhadap watak.
“Ketika itu, saya berjumpa dengan ramai Tok Dalang dan orang-orang di sana. Imbas semula setahun yang lepas, saya sangat stress sebab nak buat yang terbaik. Sepanjang sebulan itu juga saya tak menonton TV,” katanya kepada MH.
Ads
Fattah berkata sedemikian ketika ditemui majlis sidang media Kulit Wayang Cultural Festival, baru-baru ini.
Teruja Tapi Gementar
Pada masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata ini akui teruja kerana berpeluang bekerjasama dengan pengarah tersohor Dain Said.
“Saya terima tawaran ini kerana Dain Said. Beliau merupakan pengarah yang berada di top list saya untuk bekerjasama. Beliau juga merupakan pemenang anugerah dan saya nak rasa bekerja di bawah arahan beliau.
Ads
“Bila bekerjasama dengan orang-orang yang terbaik dalam bidang masing-masing, sudah tentu kita juga nak jadi yang terbaik.
“Saya nervous berlakon di bawah arahan Dain Said. Mereka yang biasa bekerja dengan Dain Said adalah pelakon-pelakon yang hebat. Dia pun tak mudah nak memilih pelakon.
“Apa yang seronok bekerja bersama Dain, dia bagi peluang untuk para pelakon faham watak yang ingin disampaikan,” ujarnya.
Pada masa sama, Fattah turut meyifatkan Kulit Wayang ini merupakan filem paling mencabar dan memerlukan komitmen kerja yang sangat tinggi.
Ads
“Ketika berlakon Pendekar Awang, saya ada asas dalam persilatan. Untuk filem ini, saya langsung tiada pengalaman. Ini adalah watak yang paling susah.
“Kalau anda temu ramah kami selepas habis penggambaran, anda akan nampak roh watak itu,” akhirinya.
Kulit Wayang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 1 Mei ini.
Selain Fattah, filem seram triler ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Jenna Kamaratih, Reynavenzka Deyandra dan Amanda Ang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Rozita Che Wan berkongsi detik cemas selepas dilaporkan mengalami kemalangan kecil sewaktu sesi pengambaran filem Dayang Senandung.
Pelakon yang lebih mesra disapa Che Ta itu memberitahu, dia telah dirempuh ketika melakonkan babak dikerumuni peminat yang menyebabkan dia terjatuh sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian lututnya.
“Scene kena rempuh dengan peminat. Depa rempuh betui-betui macam main rugbi.
“Lutut dan berbalut. Bertongkatlah buat sementara waktu,” kongsinya di ruangan IG story.
Sejurus selepas insiden tersebut berlaku, Che Ta segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dan doktor menasihatinya supaya berehat buat sementara waktu.
Isteri kepada Zain Saidin ini turut dilihat menaiki kerusi roda ketika sedang mendapatkan rawatan.
Menurut laporan Berita Harian, insiden ini merupakan pengalaman pertama Che Ta terjatuh ketika di set pengambaran.
“Betullah malang tidak berbau. Saya reda dengan ujian ini.
“Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghalangnya.
“Sampai berbalut lutut. Ini pengalaman pertama saya terjatuh di lokasi penggambaran,” kongsinya.
Bagaimanapun, Che Ta menjelaskan dia sedia untuk kembali ke set sekiranya pengarah membenarkan babak tersebut dijalankan dalam keadaan duduk.
“Cuma saya kena tengok keadaan dan perkembangan lutut ini.
“Saya juga tidak mahu menyusahkan produksi dan tidak selesa bertongkat di set,” katanya.
Sumber: Instagram Rozita Che Wan & BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang juga bintang program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Linda Nanuwil telah memaklumkan akaun Instagram miliknya telah digodam individu yang tidak bertanggungjawab.
Linda berkongsi berita tersebut bersama pengikutnya menerusi akaun Instagram yang baharu.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun ini meluahkan rasa sedih dan marah mengenai insiden tersebut.
“Panic and stressed bila account lama ( lindananuwil ) kena hacked! Nak masuk minggu semi final & mara ke final macam2 benda berlaku.
“Marah, geram and nak nangis pon ada .. tapi it’s ok la.. pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini .. bersabar saja .. let’s start fresh and move forward!!,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Linda antara 7 peserta yang telah berjaya mara ke pentas akhir GV7 pada Ahad hadapan.
GV7 diadakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bersiaran langsung di Astro Ria.
Foto: Instagram Linda Nanuwil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick tampil mempertahankan dirinya berhubung dakwaan tular yang dicetuskan segelintir netizen susulan sebuah sesi bual bicara, baru-baru ini.