Berita

Fattah & Fatima ‘Me Time’ Sambut Birthday, Warganet Tumpang Gembira – “Moga Fatima Jadi Anak Solehah, Penyejuk Hati Mommy & Daddy.”

Share

Perkongsian terkini pelakon, Fattah Amin yang menyambut hari jadi anaknya, Nur Fatima Aisya di sebuah taman permainan kanak-kanak ‘indoor’ menjadi sorotan ramai.

Menerusi Instagram (IG), Fattah turut mengucapkan selamat hari lahir buat permata hati itu menerusi perkongsian yang turut disertakan foto dan video mereka sedang mengisi masa bersama.

Malah, pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada ibu kepada anaknya, Fazura apabila memberi peluang kepada mereka berdua untuk meraikan hari ulang tahun berdua.

“Happy birthday baby! Kesian sampai tertidur balik tu. Thank you Mommy bagi chance Daddy dating dengan Fatima,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Lantas, hantaran tersebut pantas menjadi perhatian warganet yang turut sama meninggalkan reaksi pelbagai apabila rata-ratanya dilihat tumpang bahagia melihat keakraban hubungan si bapa dan anak.

“Moga Fatima menjadi anak solehah, penyejuk hati mommy and daddy,” titip seorang warganet.

“Semoga Allah pelihara perkahwinan Fattah dan Fazura demi Fatimah. Not easy membesar with broken family,” reaksi warganet lain.

“Yeayyy Fatima had a happy time and precious moment with daddy!Semoga Fatima membesar menjadi anak solehah dan mendapat sepenuh kasih sayang Mommy Daddy. Enjoy your birthday celebration sayang, buah hati pengarang jantung,” tulis seorang lagi warganet.

“Happy moments daddy dan Fatima. Fatima good girl, cute jeeee cakap ‘sorry’. Again, happy birthday Fatima sayang!,” antara komen lain yang tertera.

Sehingga kini, hantaran terbabit sudah pun menerima hampir 90,000 tanda suka dengan lebih 1,000 komen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

@mediahiburanofficial #MHnews Perkongsian terkini pelakon, Fattah Amin sambut hari jadi anaknya, Nur Fatima di taman permainan kanak-kanak ‘indoor’ menjadi sorotan ramai. Menerusi di IG, Fattah turut mengucapkan selamat hari lahir buat permata hati sambil disertakan dengan foto dan video mereka mengisi masa bersama #MHnews
#MediaHiburan #FYP ♬ Soothing songs perfect for relaxing time(1279365) – ON THE SOFA STUDIO
Published by
MH