Untunglah si cantik Fazura telah menerima hadiah daripada pelakon kacak, Fattah Amin. Jambangan bunga itu mempunyai 500 kuntum pulak tu. Romantik betul pelakon tinggi lampai itu ya.
Terdahulu , ketika berada di New York, Fazura memberi Fattah sebanyak 50 kuntum yang tertera nama ‘My Fattah YPC’ yang dianggap peminat tanda makna cinta tanpa syarat.
Bukan main lagi berbalas-balas bagi bunga ya.Hubungan baik antara Fazura dan Fattah mula terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella. Pasti peminat mereka berdua ingin melihat gandingan drama ini menjadi realiti.
Mawar merah jambu dan putih itu diterima Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali Fazura pada hari kelahirannya yang ke-34 nampaknya melakar kenangan manis buat pelantun lagu Bisa Apa itu.
Menurut Fazura dia juga terkejut dengan jambangan bunga itu dihadiahkan oleh teman gandingan drama Hero Seorang Cinderella membuat kejutan buatnya.
“Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran.
“Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik. Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya,” ujar Fazura memetik BH Online.
Fazura yang ditemubual sebuah portal hiburan berkata ringkas ‘mungkin’ apabila ditanya adakah beliau insan paling istimewa di mata Fattah.
Semoga hubungan mereka ini akan ke fasa seterusnya satu hari nanti. Sama-sama kita doakan.
Sumber : Berita Harian