Pelakon, Lisdawati menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT selepas anak ketiganya yang juga merupakan model muslimah, Hanna Faresha telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya pada tanggal 12 Disember lalu.

Menurut Lisdawati, dia mendoakan semoga bahtera perkahwinan anaknya itu bersama pasangannya yang dikenali sebagai Afiq akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

“Alhamdulillah selesai sudah acara majlis pernikahan dan sanding anak ketiga. Semoga Allah swt merahmati korang berdua. Bahagia hingga akhir hayat,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Fauzi Nawawi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Fauzi Nawawi & Lisdawati Dapat Menantu Lagi, Anak Selamat Bernikah Fauzi Nawawi & Lisdawati Dapat Menantu Lagi, Anak Selamat Bernikah

Ads

Dikesempatan itu juga, Lisdawati turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Malah, dia juga memohon maaf kepada mereka yang tidak mendapat undangan memamdangkan majlis tersebut diadakan secara patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Terima kasih kepada semua pihak yg terlibat menjayakan majlis ini. Maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

“Maaf juga kepada mereka yang tak dapat kami jemput atas sebab-sebab SOP yang terhad. Terima kasih juga kepada pihak besan dan seluruh ahli keluarga yang datang dari jauh,” kongsinya lagi.

Ads

Fauzi Nawawi & Lisdawati Dapat Menantu Lagi, Anak Selamat Bernikah Fauzi Nawawi & Lisdawati Dapat Menantu Lagi, Anak Selamat Bernikah

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Lisdawati dan anaknya itu.

“Syukur, Alhamdulillah. Tahniah ya.

Ads

“Alhamdulillah, syukur. Bertambah lagi ahli keluarga.

“MasyaAllah, tabarakallah. Kedua-dua pasangan sama cantik sama lawa. Semoga istana yang dibina berkekalan ke syurga Allah.

“Alhamdulillah, tahniah. Semoga kedua mempelai bahagia hingga ke jannah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Fauzi Nawawi & Lisdawati Dapat Menantu Lagi, Anak Selamat BernikahMenerusi perkongsian tersebut, pasangan dua merpati sejoli ini dilihat sama cantik sama padan mengenakan sepersalinan rona putih beserta songket hasil sentuhan pereka Shanell Harun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI