Pelakon Fauzi Nawawi berkongsikan detik cemas apabila kediamannya dimasuki ular sawa batik melalui lubang tandas pada malam Jumaat.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fauzi memuat naik video kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang itu termasuk reaksi isteri, Lisdawati dan anak-anak apabila berhadapan kejadian tersebut.
Dalam entri itu juga, Fauzi turut merakamkan ucapan penghargaannya buat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang bertungkus-lumus menangkap ular sawa berkenaan.
“Jutaan terima kasih pada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
“Dulu lebah masuk rumah, lepas tu tragedi ribut dan pokok tumbang dan malam ni ada ular sawa pula masuk rumah.
“Pada Encik Khairil, Helmi , Saliha dan ramai lagi saya tak ingat nama… sanggup datang tengah malam bantu kami terima kasih banyak-banyak.
“Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian,” tulis Fauzi di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Sementara itu, Lisdawati turut berkongsikan foto dia dan Fauzi serta anggota JPAM berposing dengan hasil tangkapan mereka pada malam tadi menerusi Insta Story.
“Hasil tangkapan malam, ular sawa batik.
“Terima kasih Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fauzi Nawawi, Lisdawati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI