Selesai membuat persembahan lakonan menerusi lagu Anak yang dipersembahkan peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6) iaitu One Nation Emcess (ONE), pelakon Fauziah Nawi dan cucunya, Thia nyata menjentik emosi penonton.

Fauziah atau mesra disapa Ibu Fauziah turut berbangga dengan Lia yang merupakan anak kepada Allahyarham Mohd Firdaus Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif di atas bakat lakonannya di pentas GV minggu kelapan, malam tadi.

“Bismillahirrahmanirrahiim. Sejak 26.10.19 hingga hari ini 2.12.19 mama tak pernah sehari pun tidak menghitong hari sejak buah hati mama Mohd Firdaus bin Hj Mihd Hanif belayar kepelabuhan jauh.

“Pitt I was with your ateh ateh little dragon Thia as actors for #GEGARVAGANZA. Thia did well for a first timer. She took the cue well. Remember her lines. She was well behaved. She slept in the car …OTW ..home. Your nyawa Mhia kept company. Thia all the best.

“I know you can do it…kept assuring her little sister. Pitt mama rasa seronok sbb yr nyawa nyawa well behaved. Thia was happy …so was Mhia..Dhia went out with her friends…Pitt rasa tak percaya mama harus menyebut Khususan Ila ruhii Almarhum Mohd Firdaus ketika mendoakan membaca Yasiin Al fateha buat buah hati mama,” kongsi Fauziah di Instagramnya. 

View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirrahiim. Sejak 26.10.19 hingga hari ini 2.12.19 mama tak pernah sehari pun tidak menghitong hari sejak buah hati mama Mohd Firdaus bin Hj Mihd Hanif belayar kepelabuhan jauh. Pitt I was with your ateh ateh little dragon Thia as actors for #GEGARVAGANZA. Thia did well for a first timer. She took the cue well. Remember her lines. She was well behaved. She slept in the car …OTW ..home. Your nyawa Mhia kept company. Thia all the best…I know you can do it…kept assuring her little sister. Pitt mama rasa seronok sbb yr nyawa nyawa well behaved. Thia was happy …so was Mhia..Dhia went out with her friends…Pitt rasa tak percaya mama harus menyebut Khususan Ila ruhii Almarhum Mohd Firdaus ketika mendoakan membaca Yasiin Al fateha buat buah hati mama… #lenalahdalamdakapanKhaliqmubuahhati #salamseharumkasturiPitt #tunggumama

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi) on

IKLAN

Sekali gus, persembahan ONE dan lakonan Fauziah Nawi, Thia yang turut menampilkan pelakon, Ezzaty Abdullah mendapat pujian dari juri jemputan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

“So good dan beruntung dengan bantuan sketsa yang dipersembahkan, menambahkan lagi ekspresi yang diperlukan.

“Tak perlu tambah lagi, ia akan keluar secara natural. Saya merasakan walaupun penyanyi yang biasa rap, tapi malam ni saya rasa sampai suaranya,” katanya yang diundang sebagai juri jemputan.

IKLAN

Fauziah Nawi Bangga Cucu Berlakon Secara ‘Live’ Di GV6, Terkenang Arwah Pitt Hanif, “Thia Did Well.”

Fauziah Nawi Bangga Cucu Berlakon Secara ‘Live’ Di GV6, Terkenang Arwah Pitt Hanif, “Thia Did Well.”

Terdahulu, mayat Pitt ditemui lemas selepas bot dinaiki bersama rakan, terbalik dan terbelah dua ketika memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang pada 26 Oktober lalu.

IKLAN

Malah, bot fiber yang dinaiki dikatakan merempuh tiang besi sebuah jambatan menyebabkan Pitt dan rakannya tercampak ke dalam sungai.

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui mayat Pitt 500 meter dari lokasinya terjatuh.

Jenazah Pitt dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 2, Keramat dua hari kemudiannya.

Pitt yang juga anak sulung daripada dua beradik meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga orang anak berusia di antara tujuh hingga 16 tahun.

Foto : Instagram Fauziah Nawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI