Malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA22) menjadi detik manis buat pelakon veteran Fauziah Nawi, 69, apabila dinobatkan Anugerah Tokoh Seri Angkasa, malam tadi.
Anugerah itu melayakkan Fauziah yang mesra disapa sebagai Ibu Fauziah menerima trofi beserta wang tunai RM10,000.
Kalau sudah namanya rezeki, Fauziah turut menerima hadiah kejutan iaitu sebuah kereta jenis Mitsubishi Xpander sumbangan penaja, Eon.
Tergamam saat diumumkan kejutan itu oleh trio pengacara Fara Fauzana, Terrence Dass dan Anne Xaveira, Fauziah mengucapkan syukur di atas pemberian tersebut.
“Sebenarnya Allah sangat baik dengan saya, saya dah tiada kereta Proton Waja dah terbakar empat tahun lalu.
“Saya kata takkan mampu beli kereta baru, mesti tak lepas loan sebab saya dah tua. Akhirnya Allah makbulkan doa saya,” katanya.
ASA2022 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan malam kemuncaknya turut dihadiri Menteri Komunikasi & Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Mengulas lanjut mengenai Anugerah Tokoh Sri Angkasa, Fauziah berkata selama berkecimpung dalam bidang seni, tidak pernah terlintas di fikiran untuknya meraih sebarang pengiktirafan.
“50 tahun dalam industri tak pernah saya fikirkan nak dapat anugerah, saya berbesar hati menerima anugerah ini.
“Semua ini untuk anak seni, buat terus. Kita buat kerana kita nak buat, bukan kerana anugerah,” katanya lagi.
Malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis popular seperti Datuk M. Nasir, Ella, Misha Omar, Hazama, Haqiem Rusli, Tajul dan Datuk Jamal Abdillah.
Ini dia senarai penuh para pemenang pada Malam Kemuncak ASA2022:
Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik: Sentiasa Di Sini (Astro Gempak)
Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik: Bunga’s Secret Garden (Astro Gempak)
Pengimbangan Audio Radio (Studio) Terbaik: Mohd Azri Baharom (Dokumentari Hijrah – Cahaya Sejernih Mata Air)
Ads
Pengimbangan Audio Radio (Lokasi) Terbaik: Mohd Zaini Ahmad Norbi (Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong) (Bernama TV)
Hiburan Radio Terbaik: Raya Extravaganza Yogeswaran Ramalingam (Traxx FM)
PSA & Kapsul Radio Terbaik: Sketsa Banjir & Pindah – Ibrahim Haji Diman (Sabah FM)
Penyampai Radio Lelaki Terbaik: Mohd Azlan Omar (Klasik FM)
Penyampai Radio Wanita Terbaik: Azlina Kamarudin (Negeri FM)
Jurukamera TV Single Camera Production Terbaik: Nileshkumar Rajendran (Astro Vinmeen)
Jurukamera TV MCP Terbaik: Konsert Minggu Ini Dayang Nurfaizah & Hael Husaini (TV2)
Penataan Cahaya TV Terbaik: Junaimeramfiz Rahmat (Berdua) (TV1)
Audio Rancangan TV Terbaik: Andrew Liew (Anugerah MeleTOP Era) (Astro Ria)
Pengimbangan Muzik TV Terbaik: Mohd Hawary Hanafiah (Berdua) (RTM)
Ads
PSA TV Terbaik: PSA Pencegahan Bunuh Diri – Rozaihan Abdul Rahim (Berita RTM)
Buletin TV Terbaik: Berita Perdana Edisi Belanjawan 2021 – Yunos Mohd Noor ( Berita RTM)
Wartawan TV Terbaik: Mas Zharif Aziz Desa (ICU Seluruh Negara Melebihi Kapasiti) (TV9)
Liputan Sukan TV Terbaik: Mohd Fairuz Abd Hamid (Perlawanan Akhir Piala FA (Berita RTM)
Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik: Mohd Rafaei Ramlan (Hari Pahlawan) ( TV1)
Pengacara TV Terbaik: Ahmad Fedtri Yahya (Jejak Rasul) (TV3)
Penyampai Berita TV Terbaik: Norliza Mohd Zain (TV3)
Usahawan selebriti, Mila Jirin syukur nikmat selepas sukses kini melebarkan sayap perniagaan perancang perkahwinan dan katering miliknya di selatan tanah air, Iskandar Puteri, Johor.
Selain menyifatkan ia satu kejayaan, Mila atau nama lengkapnya Noorsyarmilla Jirin menyatakan rasa syukur apabila perniagaannya kini semakin berkembang maju.
“Alhamdulillah… Dengan izin ALLAH, projek BIZMILLA (2 Banquet Hall) di Eco Galleria, Iskandar Puteri SIAP dan SYUKUR semua urusan dipermudahkan oleh Allah,” tulisnya di Instagram.
Meski telah berjaya, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini bagaimanapun memberitahu ia bukan satu hal yang mudah untuk dikecapi.
“Tak ada pekerjaan yang MUDAH tetapi dengan Izin Allah yang maha Kuasa, Insya Allah. Allah bantu untuk mudahkan urusan pekerjaan kita. #Alhamdulillah TAHNIAH team #Bizmilla @isz_mustapha @bizmilla_wedding_centre,” tulisnya lagi.
Link posting
Selain di Johor, Mila turut kembangkanlagi perniagaannya di Putrajaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mila Jirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli menjelaskan ketiadaannya di dalam industri radio tempatan ketika ini bukanlah disebabkan merajuk atau terasa hati.
Menurut Ikhwan atau nama sebenarnya Mohd Khairul Ikhwan Rosli, dia sebaliknya kini mahu mencari haluan baharu yang belum pernah diceburi sebelum ini.
“Saya tidak merajuk. Kalau tanya kepada semua penyampai radio, memang akan ada masa mereka rindu kerjaya itu. Namun, nak kembali sepenuhnya, rasanya tidak lagi.
“Saya sudah bergelar penyampai radio hampir 13 tahun. Cukuplah untuk saya. Kini saya nak belajar benda baharu dalam bidang hiburan ini,” katanya kepada MH.
Bekas penyampai radio Hot FM itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media perlancaran single terbaharu Azharina dan Kazoe yang berjudul Realiti pada Rabu.
Katanya lagi, pengundurannya dalam bidang radio juga adalah untuk memberi ruang buat anak-anak muda menyerlahkan bakat mereka.
“Ada yang tanya kenapa saya tak ke udara lagi? Memang saya ada pengalaman walaupun hanya belasan tahun dan tidak tidaklah sehebat mana.
“Namun, kalau saya tidak berhenti, saya tidak akan membuka ruang kepada generasi-genarasi baharu untuk bergelar penyampai radio.
“Pelajar-pelajar lepasan universiti, mereka juga perlukan platform. Jadi, saya berundur agar mereka boleh belajar dan timba pengalaman,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ikhwan mendedahkan dirinya ada menerima tawaran untuk bergelar penyampai radio namun, dia memilih untuk menolak.
“Ada yang kata saya sendu. Pada saya, sendu itu perkara terakhir kita kena fikir. Roti pun ada tarikh luput. Ada masa kita tak boleh makan walaupun kita jaga elok.
Apatah lagi manusia.
“Saya ada dapat tawaran untuk menjadi menyampai sambilan tapi saya tolak. Pada saya industri ini luas. Banyak perkara yang kita boleh belajar.
“Paling penting, dalam hidup ini, kita kena percaya rezeki Allah ada di mana-mana sahaja,” kongsinya lagi.
Ditanya mengadapa dia tidak mengikut jejak langkah rakan-rakan seangkatan yang kembali ke dunia penyampaian radio, ini jawab Ikhwan;
“Minat mereka sebagai penyampai, mungkin tidak boleh dipadam. Saya tak boleh halang kakak-kakak dan abang-abang saya yang kembali menjadi penyampai.
“Mereka juga mencari rezeki dan minat mereka masih tinggi. Saya pula nak menuntut ilmu dalam hal baru. Saya anggap diri ini sebagai anak murid dalam bidang lain,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Primadona alaf baru, Erra Fazira meluahkan rasa syukur kerana telah selesai menjalani Rukun Islam Kelima fardhu haji di tanah suci.
Kongsi Erra menerusi video yang dimuat naik di Insta Storiesnya, heroin Persona Non Grata ini tidak menafikan menerima banyak kiriman doa dari orang ramai.
Malah, difahamkan bintang ini turut berkesempatan membacakan doa yang dipesan untuk dibaca depan Kaabah.
“Assalamualaikum semua. Salam dari Mekah. Alhamdulillah semua urusan ibadah Haji dapat dilaksanakan dengan baik. Syukur Alhamdulillah.
“Kepada semua yang mendoakan dan semoga ibadah haji saya dan jemaah haji yang lain diterima Allah. Semoga mendapat Haji yang mabrur.
Saya juga ingin memberitahu yang saya banyak menerima pesanan kiriman doa. Ada yang sempat saya bacakan, kalau tak sempat baca, mungkin saya terlepas pandang, tapi saya tetap doakan.
“Semoga dimakbulkan doa-doa yang kalian kirimkan. Sebab banyak sangat dapat mesej. Kadang-kadang dah lepas satu tempat yang afdal itu, saya buka masih ada mesej lagi.
“Jadi kemungkinan saya sempat baca, dan ada juga yang tak sempat baca. Saya minta maaf sangat.
“Mana yang saya sempat baca, saya bacakan. Mana yang tidak, moga Allah mendengar dan makbulkan. Walaupun saya tidak membaca di tempat yang sepatutnya yang diinginkan,” akhiri Erra menerusi video lalu diakhiri dengan salam.
Terdahulu, pemergian Erra ke tanah suci mendapat perhatian ramai apabila dia mengakui berangkat sendirian tanpa mahram.
Video : Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!