Pelakon, Faye Kusairi tampil memberikan reaksinya berhubung video yang dimuatnaik personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim yang terkenal dengan saluran YouTube Duriankimchi, baru-baru ini.

Jelas Faye, dia mengakui terguris sama dengan perkara tersebut dan memperincikan mengenai kisah pembuatan di sebalik busana berkenaan.

Faye Kusairi Terguris… “Tau Tak ‘Kain Buruk’ Yang Awak Cakap Tu Originally Handmade And…”

“I am a proud Sarawakian and of course, saya terguris juga.

“Tau tak “kain buruk” yang awak cakap tu originally handmade and it takes a specific someone to dream about the design first.

“Lepas tu dia akan ke hutan mencari bahan untuk warnakan corak benang tu untuk ditenun and only yg dapat mimpi tu je mampu tenun based on her memory.

“Begitu majistik “kain buruk” yg awak cakap tu. Ini baru cerita pasal kain.. belum lagi lain2,” tulisnya.

Ads

Ibu kepada dua cahaya mata itu memberikan reaksinya menerusi satu hantaran di Instagram.

Faye Kusairi Terguris… “Tau Tak ‘Kain Buruk’ Yang Awak Cakap Tu Originally Handmade And…”

Sementara itu, dia juga mendedahkan, jarang mendengar kaum Dayak Sarawak mempermainkan atau mempersenda adat dan budaya kaum lain.

Ads

“Jarang sekali saya dengar kaum Dayak Sarawak mempermainkan atau mempersenda apatah lagi menghina adat dan budaya kaum lain.

“Mereka yg dikatakan “kuno” ni lagi pandai hormat orang lain yg jauh lagi “urban” dari mereka.

“Hati2 bila bergurau dan jadilah lebih berhati hati bila dah popular,” tulisnya lagi.

Ads

Sebelum ini, Ryzal memuat naik video di InstaStory dengan bergurau mengenai busana Ngepan Iban yang dipakai Maryam ketika isterinya itu sedang bersiap untuk satu penggambaran.

Faye Kusairi Terguris… “Tau Tak ‘Kain Buruk’ Yang Awak Cakap Tu Originally Handmade And…”

Perkara tersebut disifatkan sebagai keterlaluan seolah-olah mempersenda sehingga mencetuskan tular sekaligus menimbulkan reaksi kurang senang warganet. 

Ryzal kemudiannya telah memuat naik video permohonan maaf secara terbuka atas khilaf yang telah berlaku.

Foto: Instagram Faye Kusairi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI