Fazley Yaakob Raih 50 Peratus & Tersingkir, Adibah Noor Mantap Dengan Markah Tertinggi, Ini Carta Markahnya

Share

Penyanyi Datuk Fazley Yaakob menjadi bintang kedua yang tersingkir dalam saingan minggu keempat Gegar Vaganza musim ke-8 (GV) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Mempersembahkan lagu Mahligai Syahdu yang dipopularkan oleh Datuk Hattan, Fazley memperolehi markah terendah berbanding kesemua bintang bertanding iaitu hanya 50 peratus.

Sementara persembahan memukau menerusi lagu Jika (Melly Goeslow) di tangan Adibah Noor pula meletakkan penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini di carta markah paling tinggi iaitu 78.10 peratus, diikuti Nikki Palikat 76.60 peratus.

Manakala Suki Low dan Aweera masing-masing memperolehi markah sebanyak 75 dan 72 peratus.

Berikut ialah senarai markah kesemua peserta GV8 minggu keempat;

Kesemua peserta diadili Datuk Ramli MS bersama Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz dan YM Dato Sri Shah Rezza sebagai juri jemputan.

GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH