Fazreen Rafi Kenang Derita Buang Air Besar Lebih 50 Kali; “Memang Nak Sambut Anniversary Ke Apa Perut Ni”.

Share

Pelakon Fazreen Rafi kembali merakam memori tahun lalu yang menyaksikan dirinya terpaksa menerima rawatan di hospital susulan jangkitan kuman yang dialami.

Dedah Fazreen, susulan masalah yang dihadapi, dia pernah menderita kerana membuang air lebih 50 kali.


“Pertama dalam sejarah hidup, buang air besar lebih 50 kali. Sampai tak tahu dah nak buang apa lagi.

“Doktor cakap ada infection dalam perut, esok akan scope. Hopefully tak ada apa-apa yang serius,” tulisnya menerusi Instagram tahun lalu.

Bagaimanapun beberapa lalu dia sekali lagi mengalami cirit birit dan muntah, hampir sama dengan situasi yang dialami tahun lalu.

“Memang nak sambut anniversary ke apa perut ni. Dari pagi cirit dan muntah-muntah, boleh sama pulak dengan tahun lepas. Gwsla buat diriku,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan Fazreen cepat sembuh dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH