Susulan pembedahan pada bahagian lutut (ACL) kiri pelakon Hairul Azreen, rakan artis Fazreen Rafi turut berkongsikan cerita dia pernah melalui pengalaman serupa seperti suami kepada Hanis Zalikha itu.
Menurut Fazreen, dia sebelum ini pernah menjalani pembedahan sama menggunakan tendon mayat dan adalah mustahil untuk terus boleh berjalan dengan baik sebaik sahaja selepas prosedur itu berlangsung.
“Saya pernah ACL pakai tendon mayat, lepas pembedahan memang kaki rasa nak mati masa fisioterapi first day memang nak maki hamun budak fisio tu bila suruh angkat kaki dan jalan pakai tongkat slow-slow.
“Memang rasa sangat-sangat mustahil boleh terus nak berjalan tapi terbukti ada orang boleh buat @hairulazreen,” tulisnya dalam IG Story di laman Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Dalam pada memuji kesungguhan Hairul yang perlahan-perlahan cuba berjalan sebaik selesai menjadi pembedahan, Fazreen turut menasihatkan rakan artisnya itu untuk berehat dengan secukupnya sepanjang tempoh pemulihan.
“Saya syak deria sait budak ni (Hairul) dah mati atau memang dia punya semangat tinggi jadi sakit tu dia tolak tepi je.
“Apa-apa pun semoga cepat sembuh bro. The best pun kena rest,” tulis Fazreen lagi.
Hairul kemudiannya mengulang siar IG Story Fazreen dengan memberi respon, “Haha, best pun kena rest, okay saya pakai.”
View this post on Instagram
Hairul yang juga merupakan pelakon aksi lagak ngeri itu cukup terkenal dengan ‘tagline’ ‘the best never rest’ yang sering dikongsikan menerusi platform media sosial miliknya.
Terdahulu, Hairul memaklumkan dia sudah selamat menjalani pembedahan ACL lutut kiri pada Khamis lalu selepas tercedera ketika menjayakan penggambaran dalam salah satu babak filem The Original Gangster yang diarahkan oleh Syamsul Yusof.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI