Pihak pengurusan Nur Fazura sudah mengenal pasti beberapa individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung kes perceraian aktres itu dengan suaminya, Fattah Amin.
Menurut peguam syarie yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan, pihaknya bakal menghantar surat tuntutan (LOD) kepada individu berkenaan dalam tempoh terdekat.
“Setakat ini kami sudah kenal pasti sebanyak lima individu tetapi tindakan akan dibuat ke atas individu yang mula-mula sekali keluarkan kenyataan,” katanya.
Fakhrul berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.
Fakhrul berkata, pihak pengurusan Fazura amat terkilan dengan pelbagai spekulasi yang bertebaran dalam media sosial hingga menjejaskan reputasi pelakon itu.
“Pihak pengurusan Fazura terkilan dengan kenyataan yang dirasakan sudah menfitnah Fazura. Pekara yang dikatakan itu tidak benar.
“Kami sudah kenal pasti pihak-pihak tertentu dan tindakan selanjutnya akan diambil melalui pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Tindakan saman juga akan dibuat terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah sepanjang kes perceraianya mula diperkatakan sehingga sekarang,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti itu ke tarikh baharu, iaitu pada 7 Oktober ini.
Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI