Aktres terkenal, Nur Fazura, 41, nekad mahu menerusikan perceraian dengan Fattah Amin, 34, demi maruahnya dan kesejahteraan hidup bersama anak, Nur Fatima Aisya, 4.
Melalui entri dimuat naik di Instagram, Fazura memohon orang ramai untuk mendoakan agar proses perceraian dilaluinya berjalan lancar.
“Pada hari ini, Faz (Fazura) kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.
“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar.
“Terima kash sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” tulis Fazura menerusi kapsyen bergambar dirinya sedang memeluk Fatima.
Menerusi hantaran sama, Fazura turut menitipkan ucapan penghargaan buat ramai yang tidak putus memberi kata semangat.
Malah Fazura menjelaskan, dia mengambil keputusan itu selepas mempertimbangkan masa depannya bersama Fatima.
“Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu.
“Alhamdulillah dan terima kash sekali lagi kepada semua. Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz,” katanya.
Terdahulu, Fattah dilapor belum bersetuju untuk melepaskan Fazura semasa sebutan kes permohonan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.
Ads
Mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti itu ke tarikh baharu, iaitu pada 7 Oktober ini.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran dalam akaun masing-masing.
Tidak cukup itu, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan di laman sembang hingga menarik perhatian netizen.
Pada 13 September lalu, BH melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Ads
Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai, namun, ia mengejutkan ramai pihak. Sehingga kini, isu yang berlaku antara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya.
Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Fatima Aisya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui hingga kini, tiada mana-mana penyanyi lelaki yang boleh menggantikan rakan duetnya, Allahyarham Achik Spin.
Penyanyi Hatiku Milikmu itu menyatakan pendapat tersebut menerusi program GIG Siti Nordiana siaran TV1, tidak lama dulu.
“Zaman kegemilangan duet dengan arwah Achik tiada gantinya sampai sekarang memandangkan kami ada peminat dan pengikut tersendiri.
“Meski saya cuba duet dengan mana-mana artis lelaki lain, ia masih tidak boleh sama. Misalnya dengan Khai Bahar, Lan Solo atau Alif Satar. Mereka masing-masing punyai genre sendiri.
“Jadi tiada peminat yang membandingkan. Arwah sudah sedia ada dalam hati peminat saya dan dia,” katanya seperti yang dipetik.
Ditanya di antara ketiga-tiga bintang tersebut mana satu yang dirasakan paling sesuai berduet dengannya, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana memberitahu, Khai Bahar merupakan penyanyi lelaki paling sesuai.
“Rasanya yang betul-betul sesuai, ialah Khai. Dia boleh dan mampu nyanyikan semua lagu duet saya dan arwah. Malah tone dan lagu-lagunya yang mendayu-dayu tu sesuai dengan muzik saya juga,” kongsi Nana.
Terdahulu, pasangan duet Nana dan Allahyarham Achik dari kumpulan Spin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lebih sembilan tahun lalu.
Antara lagu duet yang sinonim dengan keduanya seperti Paling Comel, Gurauan Berkasih dan banyak lagi.
Foto: Carian Google/Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson menolak khabar angin dia ingin keluar rumah dan tinggal berasingan yang menjadi punca utama dia dikasari suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Menurut Zahnita, 38, dia bagaimanapun tidak boleh memperincikan insiden berkaitan kerana ia masih dalam siasatan polis.
“Saya tidak boleh berkongsi kejadian itu buat masa sekarang sebab masih dalam siasatan polis.
“Cuma yang saya boleh katakan dia melakukan keganasan itu kerana tidak tahan dengan soalan saya mengenai sesuatu perkara,” katanya.
Dalam pada itu, Zahnita turut nekad memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang hari ini.
Keputusan tersebut dilakukan kerana sudah tidak sanggup dirinya terus dizalimi selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.
“Kekuatan saya untuk fail cerai hari ini adalah Tuhan dan sokongan daripada ibu saya. Doanya mengiringi perjalanan saya hari ini.
“Emosi saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu,” katanya lagi, lapor Harian Metro.
Dalam masa sama, Zahnita meluahkan rasa lega apabila suaminya itu sudah ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
“Saya lega dan syukur dia sudah ditahan sebab boleh bergerak tanpa perlu ada perasaan risau. Dia sudah tak boleh lakukan sebarang perkara lagi pada saya.
“Sebelum ini saya takut nak ke mana-mana sebab risau diapa-apakan olehnya.
“Terima kasih dan sangat terharu apabila melihat sokongan daripada semua orang termasuk pihak polis yang sudah melakukan siasatan serta mengambil tindakan.
“Saya sudah lama bertahan, berhenti daripada karier seni dan menjadi isteri yang sempurna sebelum ini,” katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan mengenai hantaran dimuat naik pelakon filem Kuliah Cinta itu di media sosial yang mengejutkan ramai, apabila dia berkongsi dua foto menampakkan keadaan matanya yang lebam.
Tidak memperincikan apa yang berlaku, Zahnita berkata, seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Penyanyi, Nabila Razali mendedahkan dirinya tidak berasa ralat kerana terpaksa menolak beberapa tawaran kerja gara-gara masalah kotak suara yang dialaminya ketika ini.
Menurut Nabila, dia sebolehnya mahu terus berfikiran postif dan percaya bahawa rezeki sememang telah diatur dengan baik oleh Allah SWT.
“Penyakit kotak suara yang saya alami sekarang ini tidak boleh dipandang remeh. Mungkin perkara tersebut akan lebih mengeruhkan keadaan kalau saya paksa. Ini adalah satu-satunya aset yang saya ada. Ini periuk nasi saya.
“Buat masa sekarang banyak yang perlu saya lepaskan. Bagaimanapun bukanlah bermaksud lepaskan sangat tiada kerugian pun buat saya cuma lebih kepada berkongsi rezeki dengan orang lain.
“Pada waktu sekarang ini ramai yang perlukan kerja. Mungkin tuhan suruh saya berehat sekejap buatlah benda ni dulu bagi orang lain buat kerja yang lain pula.
“Bagi saya itu lebih kepada berkongsi rezeki dan saya lebih selesa untuk mencari sisi positif daripada ujian yang saya alami kini. InsyaAllah lebih banyak yang mendatang selepas ini,” katanya kepada MH.
Tidak putus-putus menerima tawaran sebagai duta produk, penyanyi lagu Peluang Kedua ini menyifatkan segalanya sebagai hikmah terhadap ujian yang sedang dilaluinya ketika ini.
“Saya memang gembira sangat-sangat. Walaupun dalam keadaan pendamik sekarang ini, saya masih lagi diberi rezeki. Saya tak tahu apa yang saya dah buat tapi lepas satu-satu rezeki datang dekat saya. Saya hanya mampu bersyukur.
“Dalam keadaan yang tak mengizinkan saya untuk menyanyi dan menggunakan suara secara berlebihan, tak bermakna saya tak berkerja langsung.
“Saya masih berehat tetapi kalau untuk kampen dan endorsement saya masih aktif,” kongsinya lagi.
Sumber: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Yayasan Nasional Prihatin (Prihatin) terus komited dalam usaha kebajikan dengan menyalurkan sumbangan bernilai RM1.5 juta kepada 16,000 penerima menerusi siri Kembara Madani Ramadan tahun...