Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memuat naik dua ‘quotes’ yang berkait rapat dengan apa yang berlaku di dalam kehidupan.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem Pisau Cukur ini menerusi hantaran terkininya di Insta Stories, pada Jumaat.
Dua hantaran tersebut berbunyi;
“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
“Jika sesuatu yang kau senangi tak terjadi, maka senangilah apa yang terjadi.”
Ads
Malah menerusi hantaran terbaharunya di paparan Instagram pula, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut berkongsi satu lagi kata punjangga Rumi iaitu;
“It’s your road and yours alone, others may walk it with you, but no one can walk it for you.”
Terdahulu, Fazura menjadi perhatian warganet sejak awal hari ini apabila dia dikatakan sudah memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Media bagaimanapun melaporkan, butiran terperinci mengenainya tidak dikongsikan.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.
Ads
“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” kata sumber.
Sebelum ini, isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun media sosial masing-masing.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dikhabar sudah pun menjalani pembedahan bagi membuang silikon payudara awal semalam, usahawan selebriti Safiey Illias ada berkongsi kesan pembedahan.
Perkongsian yang dibuatnya menerusi Insta Stories itu turut disusuli dengan suasana di dapur bersama ahli keluarga lainnya.
Sementara itu, menerusi posting terkini penyanyi lagu Apa Salah Syinta ini lagi, dia turut memaklumkan ibunya tidak makan kerana risau akan pembedahan yang bakal dijalaninya.
“Mak cakap anak lelaki mak dah kembali. Malam tadi mak tak makan sebab risau pembedahan.
“Apit saya syg mak. Maaf muka tahan sakit,” tulisnya ringkas beserta ribuan komen dari para pengikutnya.
Foto: Instagram Safiey Illias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof hadir tepat jam 8.55 pagi Isnin di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Kelihatan tenang, Syamsul, 39, hadir diiringi peguam, Azmi Mohd Rais bersama sepupuny, Rizal Ashref selaku wakil JKP Syamsul.
“Jumpa sekejap lagi,” ringkas kata Syamsul kepada pihak media.
Seperti sedia maklum, penduduk di sekitar daerah Klang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari bermula 9 Oktober lalu.
Sebagai tanda penghargaan, penyanyi Liza Hanim memberitahu telah memberi bantuan makanan berupa menu tengahari kepada petugas keselamatan yang bertugas di Taman Sri Andalas, Klang pada hari ketiga penguatkuasaan.
Maklum Liza, bantuan yang diberikan turut sertai bersama ahli keluarga serta rakan terdekat.
“Alhamdulillah… Hari ke 3 PKPB Klang Di Taman Sri Andalas, kami sekeluarga serta beberapa rakan karib dapat menyampaikan hajat untuk menyediakan hidangan tengah hari buat para anggota keselamatan yang bertugas di Check Point Taman Sri Andalas.
“Terima kasih @pdrmsia_official @angkatantentera @officialrelamalaysia yang bertugas dalam panas terik, hujan ribut yang kebetulan berlaku setiap malam sekarang di sini.
“Terima kasih rakan rakan karib dan my bro n sis @iamsyam636 @mommaita @mardianalatif #linda yang sama sama contribute untuk beri sedikit keselesaan buat anggota anggota. #kitajagakita, tulisnya.