Pernah menyuarakan hasrat berhenti daripada industri lakonan, Syed Ali mengakui waktu itu dia dilanda rasa kecewa gara-gara seringkali dianaktiri dalam soal bayaran, malah pihak produksi sering menjanjikan bulan dan bintang sewaktu memberi tawaran.
Ulasnya lagi, harga yang diletakkan sangat berpatutan dan tidak sepatutnya menjadi isu.
“Saya pernah menyuarakan untuk berhenti daripada dunia lakonan. Bukannya terlalu mengikut perasaan namun saya kecewa apabila penerbit tawarkan bulan dan bintang, namun apabila saya kemukakan jumlah bayaran, semuanya senyap tanpa sebarang respon.
“Sepanjang 13 tahun dalam industri, perkara ini sering berlaku dan buat saya kecewa. Ia bukan kerana isu bayaran namun layanan yang diberikan. Bukan berhenti berlakon tapi merajuk.
“Harga yang saya letakkan sangat berpatutan dan saya tidak pernah demand. Dan apabila timbul isu sebegini, saya saya lebih baik saya berhenti berlakon dan tumpukan kepada perniagaan,” ulasnya.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada Majlis Pelancaran Dan Tayangan Teaser Filem Amukan Kuntilanak di Ruang, Shah Alam semalam.
Namun, apa yang mengelirukan pelakon berusia 34 tahun ini, apabila dia mula meninggalkan dunia seni, tawaran yang datang semakin lebat.
Cuma ulasnya, buat masa ini dia lebih senang menumpukan perhatian kepada perniagaan.
“Namun, apabila saya melarikan diri, industri pula mula mengejar. Datang pelbagai tawaran, namun saya mahu mengehadkan penglibatan.
“Namun saya tidak berhenti berlakon, cuma ada menyatakan hasrat.
“Dan saya tidak mahu terlalu bergantung semata-mata kepada lakonan, disebabkan itu timbul idea memulakan perniagaan sendiri. Syukur ia semakin membuahkan hasil. Sedangkan nama besar dalam industri digelar sendu, apatah lagi saya yang kerdil ini. Jangan perniagaan adalah persediaan,” tegasnya lagi.
Mengakui agak lantang meluahkan apa yang terpendam sehingga mungkin ada yang terasa hati, namun dia yakin rezeki adalah ketentuan Allah. Malah tambahnya, dia tidak mahu menaikkan populariti dengan kontroversi keterlaluan seperti yang dilakukan selebriti lain.
“Sebelum ini saya ada menyuarakan beberapa perkara mengenai berhenti berlakon dan isu bayaran. Ada yang katakan saya cukup lantang bersuara dan mungkin diban, namun saya tidak takut. Rezeki datang daripada Allah SWT.
“Ada juga kawan selebriti saya yang cuba naikkan semula nama dalam industri dengan cipta kontroversi dengan harapan peminat akan nampak, namun saya tak mahu begitu,” jelasnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI