Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura mengakui dirinya rasa terkejut apabila namanya menjadi trending nombor satu di platform media sosial Twitter, pada Selasa.
Tanpa mengetahui apa puncanya, Fazura,37, mendedahkan dia hanya mengetahui perkara terbabit selepas dimaklumkan oleh teman-teman.
Malah selepas meneliti sendiri, baharulah dia menyedari mengenai perkara tersebut.
Selain namanya, Fattah turut sama tersenarai di dalam senarai trending menerusi platform sama.
“Semalam seharian saya cuti dan memang sibuk menjaga Fateema di rumah dan tak tengok sangat telefon. Saya terkejut bila diberitahu nama saya trending di Twitter.
“Saya ingat ciapan mengenai lemang yang dimuat naik semalam yang menjadi puncanya. Saya fikir adakah saya salah bual mengenai lemang itu atau salah taip ayatnya.
“Tapi semalam, memang saya teringin nak makan lemang lemak-lemak masin. Itu makanan kegemaran saya,” katanya menerusi laporan Utusan Malaysia.
Pelakon Pisau Cukur ini pada masa turut menambah, dia juga tidak mengambil tahu selebihnya mengenai apa yang diperkatakan oleh warganet semalam.
“Saya memang tak baca pasal perkara lain. Awalnya memang saya fikir orang jadikan saya bahan jenaka sebab ciapan lemang, itu saja,” katanya ketika ditemui pada majlis meraikan anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih di Suria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi tadi.
Majlis yang mendapat kerjasama baik daripada penaja utama, syarikat Bata Malaysia itu sempena meraikan anak-anak yatim tersebut menerusi persiapan sambutan hari raya tidak lama lagi.
Sumber: Utusan Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anda Yang Ada Mak Bapak Tu, Jagalah Mereka Sebaiknya Sementara Mereka Masih Ada Ya,” – Al-Fatihah, Kakak Erry Putra Pergi Mengadap Illahi 1 Ramadan
Pelakon dan penyanyi, Erry Putra memaklumkan kakaknya, Rozi Hamzah meninggal dunia pada pukul 1 petang, Jumaat.
Menerusi laporan mStar, bintang berusia 42 tahun itu menjelaskan, arwah kakaknya sudah lama mengidap penyakit kecing manis dan darah tinggi, namun tahun lalu arwah mengalami kerosakan di bahagian organ utama iaitu jantung, hati dan buah pinggang.
“Arwah ada kencing manis dan darah tinggi dah lama sebab keturunan. Tapi sejak tahun lalu, jantung, hati dan buah pinggang pula rosak.
“Selain itu dia ada masalah paru-paru berair. Sepatutnya kaki arwah pun nak kena potong tapi tak sempat. Jadi, banyak organ utama rosak sebab dia sakit.
“Baru-baru ini arwah diserang angin ahmar sehingga menyebabkan badannya separuh strok dan dia tidak boleh berjalan,” kata seperti yang dipetik.
Erry atau nama penuhnya, Mohd Razlan Hamzah ini turut berkongsi berita sedih itu menerusi laman Instagram miliknya sebelum ini.
View this post on InstagramA post shared by tuanerryputra@gmail.com (@errypu7ra) on
Sementara itu menerusi satu posting di Instagram yang telah dikemas kini, Erry ada mendedahkan dirinya menguruskan sendiri mengenai urusan melibatkan arwah atas situasi kini yang berlaku.
Malah, dirinya turut mengakui ada diperli atas kematian kakak tersayang.
“Saya tak maksubkan sy akan gila bila kakak sy meninggal,maksub sy, sy urus sorang2 bagai nk gila bila adik bradik sedara mara smua xleh dtg sebab pkp.
“Tapi sy diperli akak je pun pergi. Ye memang akak je pun, tapi dia lah mak dia la bapak sejak mak bapak sy meninggal.
“So anda yg ada mak bapak tu jaga la mereka sebaik2nya sementara mereka masih ada ya. Thank you atas ucapan, xpe sy maafkan anda,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by tuanerryputra@gmail.com (@errypu7ra) on
Difahamkan, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sg Sekamat Batu 12, Cheras, Kajang pada petang, Jumaat.
Foto: Instagram Erry Putra
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kiyai Haji Arifin Ilham Meninggal Dunia, Ceramah Terakhir Berkait Fasal Maut Dan Sedekah
Menerusi Instagram Imam Muda Asyraf, dikhabarkan penceramah terkenal Indonesia, Kiyai Haji Arifin Ilham telah meninggal dunia sebentar tadi.
“Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. .
“Mendapat khabar perginya Almarhum Kiyai Haji Arifin Ilham dari paparan Instagram anaknya @alvin_411 sebentar tadi… semoga Allah menempatkan beliau bersama para solihin. Dikurniakan kebahagian di syurga buat selamanya.
“Khabarnya jenazah beliau kini berada di salah sebuah hospital di Pulau Pinang. Saya sendiri belum pasti hospital yang mana satu. Cuma, sekiranya sahabat dari Pulau Pinang yg berkesempatan bolehlah merisik2 khabar proses pengurusan jenazah semoga kita dr Malaysia dapat memberi penghormatan terakhir buat almarhum. .
“Sesiapa yang mempunyai maklumat detail dan terkini bolehlah berkongsi pada kami.”
View this post on InstagramA post shared by Asyraf Ridzuan (@imammudaasyraf) on
Menjenguk kepada Instagram anaknya, Muhammad Alvin Faiz, jenazah akan dibawa pulang ke Indonesia secepat mungkin dan akan dikebumikan di Azzikra Gunung Sindur Bogor.
“Innalillahiwainnailaihirojiun
“Telah wafat Abi kami tercinta Abi @kh_m_arifin_ilham .
“Semoga Allah terima amal ibadahnya, diampuni semua dosanya, dimasukkan ke surganya Allah swt, aamiin.
“InsyaAllah secepatnya Abi dipulangkan dari malaysia dan dimakamkan di pesantren Azzikra gunung sindur bogor. Sekiranya jika ada salah kata atau perbuatan dari abi, mohon dibuka permintaan maaf sebesar besarnya. Ya Allah, jika ini yang terbaik, kami ikhlas ya Allah, kami ridho ya Allah.”
View this post on InstagramA post shared by Muhammad Alvin Faiz (@alvin_411) on
Melihat di laman sosial arwah, dikongsikan peringatan mengenai pentingnya sedekah dalam menghadapi sakaratul maut. Semoga menjadi panduan buat kita bersama.
View this post on InstagramA post shared by Bang Muhammad Arifin Ilham (@kh_m_arifin_ilham) on
Al-Fatihah.
Foto : Instagram Imam Muda Asyraf, Muhammad Alvin Faiz & Kiyai Haji Arifin Ilham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Tahu Nak Jelaskan Bagaimana…”- Yatt Hamzah Akui Terlalu Rindui Tanah Suci
Pelakon, Yatt Hamzah atau nama penuhnya Haryati Hamzah ada mengimbau kembali kenangan indah ketika berada di tanah suci Mekah.
Bukan itu sahaja, Yatt turut menzahirkan rasa rindu untuk menjejakkan kaki ke sana menerusi posting yang dikongsi di Instagram.
“Tak tahu nak jelaskan bagaimana. Tapi perasaan ini Terlalu rindu…Terlalu rindu.
“Harapnya rindu ini akan segera berakhir.
“Pastinya ramai yg rasa sama seperti Bonda. Kongsilah perasaan anda juga. Teringin nak baca perasaan msg2 terhadap Tanah Suci MEKAH & MADINAH.
“Ini gambar #throwback Umrah December 2018. 2019 tak dapat ke sana krn melahirkan baby Hawa.
“Rasa2 baby comel tu Iqlima atau Medina?. Kak Nia sweet sgt masa ni. Jadilah anak2 yg Solehah ya sayang anak2 Bonda. Aamiinn,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on
Sekadar informasi, Yatt pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malaika.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2015.
Selepas itu, Yatt mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zulfadli dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI