Selebriti dan usahawan, Nur Fazura memilih untuk tidak mengulas lanjut susulan namanya yang berhubung ‘komen Diana’ sesi siaran langsung menerusi TikTok yang dibuat Neelofa baru-baru ini.
Menurut Fazura, 38, dia tidak perlu untuk menjawab mengenai isu tersebut kerana ternyata perkara berkenaan tiada kena mengena dirinya.
“Saya ada dengar pasal ini juga. Saya rasa ini tiada kena mengena dengan saya… Diana ke apa nama tu.
“Soalan ini tidak sepatutnya ditanya kepada saya… apa yang berlaku di luar sana saya tidak tahu menahu.
“Daripada komen perkara yang saya tidak tahu, lebih baik saya fokus pada apa yang saya lakukan sekarang,” katanya.
Pelakon filem Pisau Cukur itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Faztival Fazura yang berlangsung di ibu kota, petang tadi.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai tindakan Neelofa memberikan respon berkenaan komen seorang netizen ketika sedang bersiaran langsung di TikTok bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz.
Difahamkan, pengguna yang menggunakan akaun Diana itu meninggalkan komen tentang bagaimana bagusnya jika Fazura juga mengeluarkan produk inai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.