Festival Tari Antarabangsa 2019 ASWARA Janji Yang Terbaik, Termasuk 11 Universiti Asia Bakal Persembah Tarian Memukau!

Share

Bersempena sambutan 25 tahun Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan kempen Visit Malaysia Year 2020 dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ASWARA kal ini cuba meneroka pendekatan lebih global skopnya menerusi Festival Tari Antarabangsa 2019 ASWARA (Tari’ 19 ASWARA).

Tari’ 19 ASWARA edisi ke-10 ini akan dilangsungkan bermula 15 sehingga 19 Oktober dengan mengambil tema Renewal-Dance in the 21st Century bertempat di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Mengambil tema yang dianggap sinonim dengan situasi masa kini yang mana seluruh dunia berhadapan dengan pelbagai cabaran, tapi pada masa sama masih ada yang cuba serta berjaya meraih cita-cita dan kejayaaan.

Ia dilihat sejajar dengan objektif penganjuran festival terbabit tahun ini.

“Tema tersebut dipilih sebagai simbolik untuk mempamerkan situasi masa kini. Kalau dilihat, masyarakat dunia sekarang berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Akan tetapi dalam masa sama, ramai juga berjaya mengcapi kejayaan, perkembangan dan kemajuan serta berhadapan dengan konflik.

“Jadi sebagai seniman yang pasti punya azam, apakah peranan kita? Sudah pasti, untuk memberi kesedaran dan berusaha untuk ‘memperbaharui’ kehidupan bagi masa depan lebih bernilai,” jelas Dekan Fakulti Tari ASWARA, Norsafini Jaafar.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan termasuk Rektor ASWARA, Profesor Madya Sahar Sa’di Hashim.

Lebih menarik, Tari’ 19 ASWARA turut disertai rakan pelajar dari  11 institusi pengajian terpilih seluruh Asia!

“Setiap negara terlibat itu kami memilih universiti terbaik, khasnya dalam bidang tarian. Sementara jenis tarian pula terbuka kepada pihak universiti terlibat sama ada mahu persembahkan tarian kontemporari atau pun tradisional.

“Akan tetapi kebanyakan institusi pengajian yang terbabit turut sama terlibat dalam beberapa sesi iaitu Showcase, Performance dan Malam Gala. Jadi ada juga yang mempersembahkan dua jenis tarian.

“Ia dilihat sejajar dengan untuk menterjemahkan tarian bertemakan Renewal Dance in the 21st Century,” katanya.

Antara yang terlibat ialah Guangxi Arts University dari China, Universitas Surabaya (Indonesia), Sapphire Creation Dance Company (India), Natanda Dance Theatre (Sri Lanka), Nanyang Academy of Fine Arts (Singapura), University of the Philippines (Filipina) dan Taipei National University of the Arts (Taiwan).

Sementara empat institusi pengajian tinggi lainnya ialah The Hong Kong Academy for Performing Arts (Hong Kong), Chulalongkorn University (Thailand), Cambodian Living Arts (Kemboja) dan Korea National University of the Arts (Korea Selatan).

Tidak hanya memberi fokus terhadap tarian semata-mata, program ini turut diselitkan dengan pelbagai program ilmu lainnya seperti Seminar, Keynoted, Rountable Discussion, Masterclass dan lain-lain lagi.

Malah, ia juga bakal melibatkan pelajar dan alumni ASWARA sendiri selain ramai lagi seperti agensi tarian kerajaan, institut pengajian tinggi lain, syarikat profesional, artis bebas, ahli akademik, koreografer serta pengarah tari.

Kali terakhir Festival Tari ASWARA diadakan adalah pada 2014 dengan mengakangkat ‘building bridges’ sebagai tema.

Published by
Rafiq Mazlan