“Fesyen Cadar Lama-Lama Jangan Dibuang…,” – Ramai ‘Membahan’, Gaya ‘Selimut’ Vida Jadi Sorotan

Share

Anugerah Gempak Most Wanted (GMA Awards) edisi pertama telah berlangsung dengan jayanya pada malam Ahad.

Mengangkat tema Aesthetic FUNtastic, barisan selebriti masing-masing hadir dengan fesyen tersendiri dan unik, sekali gus memeriahkan lagi malam anugerah berkenaan.

Antara yang meraih perhatian sudah tentunya busana yang digayakan usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV).

Menggayakan rekaan Behati, DSV tampil dengan persalinan sut longgar berwarna pink terang beserta ‘blanket statement’ yang menyelubunginya sepanjang majlis itu berlangsung.

DSV turut menggayakan tudung ala turban ‘kembang semangkuk’ rona sama dengan baju, melengkapkan lagi penampilannya yang serba wow itu.

Menjengah di ruangan komen di laman Instagram milik DSV, rata-rata netizen teruja dengan fesyen unik yang berani disarungkan usahawan kontroversi tersebut.

“Ini fesyen Cadar Sutera Anggun sesuai dgn pyjamas warna pink itu… boleh dipakai di negara-negara yang beriklim sejuk dan bersalji.

“Fesyen balik terus tidur.

“Fesyen cadar lama-lama jangan dibuang, elok buat cape.

“Macam blanket zaman dinasti lama Korea.

“Wah boleh bersaing dengan Aina Abdul ni,” komen sebahagian netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar