Fesyen Nadia Brian Di KLFW Dikritik…Motif?

Share

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2019) yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur telah melabuhkan tirai pada Ahad lalu.

Seperti kebiasaan, acara tahunan itu past dimeriahkan dengan kehadiran rakan selebriti dan juga peminat fesyen seluruh negara.

Selain barisan koleksi yang diperagakan, gaya yang dikenalan selebriti turut mencuri mata yang memandang.

Misalnya Nadia Brian yang berkongsi sekeping foto ketika menghadiri program tahunan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya mengundang reaksi peminat.

“Stunning piece from @afiqmofficial for latest collection! Thank you for having me babe!

“My accessories from @wanderlustandco #NadiaBrian #AfiqM #klfw2019,” tulisnya.

Bagaimanapun, persalinan bermotif yang dikenakan pelakon berusia 28 tahun itu mendapat kritikan meski ada yang memuji. 

Rata-rata netizen memberi pendapat bahawa Nadia tidak sepatutnya berpakaian sedemikian.

Untuk rekod, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi dilahirkan pada 30 Mei 1991 di Kangar, Perlis.

Foto : Instagram Nadia Brian

Published by
Nazar Rafiqhi