Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat menyatakan rasa bahagia apabila dapat melihat anak sulung bersama suami, Nabil Mahir, Ana Nayla, 2 bulan, kini sihat membesar di hadapan mata.

Ayda bagaimanapun mengakui melalui fasa mencabar menguruskan anaknya, apatah lagi ketika melalui fasa berpantang sekaligus memberi kesan terhadap berat badannya.

“Jujurnya memang saya gembira dapat tengok anak, dapat main dengan dia dan dapat memanjakannya. Ibu mana di dunia ini yang tidak bahagia apabila sudah ada penceria dalam keluarga kan?

“Tapi disebabkan semua hal tentang anak saya cuba usaha untuk uruskan, berat badan saya pun turun dengan mendadak. Mungkin letih kut… Saya sendiri terkejut sebab saya tidak diet pun tapi berat turun..

“Tak sangka pula, sebab apa yang saya lakukan hanyalah jaga Ana, berpantang dan makan banyak! Mungkin juga sebab menyusu badan, sebab tu tahu-tahu berat terus turun sampai 45 kilogram!” katanya.

Ads

Dia pada masa sama tidak kisah mengenai situasi tersebut, asalkan dia dapat sentiasa menghabiskan masa bersama dengan anaknya.

“Saya gembira habiskan masa dengan Ana, tak kisahlah penat sikit, asalkan kami dapat melihat anak setiap masa dan menguruskan keperluannya,” ujar Ayda yang bertuah kerana Nabil banyak membantunya dalam soal menjaga anak.

Ads

Figura ‘Slim’ Dengan 45 Kilogram Lepas Bersalin, Ini Rupanya Yang Ayda Jebat Lakukan – “Saya Pun Terkejut, Tak Diet pun…” Figura ‘Slim’ Dengan 45 Kilogram Lepas Bersalin, Ini Rupanya Yang Ayda Jebat Lakukan – “Saya Pun Terkejut, Tak Diet pun…”

“Kalau nak tahu, Nabil banyak jaga Ana. Memang kalau boleh semua hal tentang anak Nabil akan cuba settlekan.

Ads

“Most of the time pun Nabil yang jaga, dia suruh saya rehat… Tapi saya pula yang kurus!” katanya lagi.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020, ketika negara masih lagu dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasangan tersebut menerima kehadiran Ana Nayla pada 21 September lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI