Pelakon Shaheizy Sam menyifatkan setiap individu berhak untuk memberikan pandangan dan menginterpretasi filem lakonannya berjudul La Luna yang didakwa mempunyai unsur ‘soft porn’ dan menghina golongan agama.

Menurut Sam, dia enggan terlalu lantang untuk bercakap mengenai isu ini kerana tidak semua pandangan akan diterima oleh masyarakat.

“Fikiran Saya Tak Sampai Ke Tahap Liberal Atau …,” – Kontroversi Filem La Luna, Ini Respon Shaheizy Sam

“Ada sebab mengapa saya tidak mahu terlalu menghebah-hebahkan atau memberikan pandangan berkaitan isu ini. Pada saya, pandangan manusia itu berbeza-beza.

“Ustaz dan pendakwah pun ada pandangan yang berbeza. Jadi, mana satu kita nak dengar?

“Kalau bercakap soal nawaitu mengapa kita lakukan sesuatu perkara, hanya Allah sahaja yang tahu.

“Saya ada pendirian sendiri dan saya tahu tujuan saya melakonkan filem tersebut,” katanya kepada MH.

Suami kepada pelakon, Syatilla Melvin itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana Program Ramadan Astro 2024 yang berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ads

“Fikiran Saya Tak Sampai Ke Tahap Liberal Atau …,” – Kontroversi Filem La Luna, Ini Respon Shaheizy Sam “Fikiran Saya Tak Sampai Ke Tahap Liberal Atau …,” – Kontroversi Filem La Luna, Ini Respon Shaheizy Sam

Bagaimanapun, Sam tetap menerima setiap pandangan dengan hati yang terbuka.

“Segalanya berbalik kepada manusia itu sendiri tentang bagaimana dia mahu kaitkan filem ini dengan orang luar, diri sendiri atau agama.

“Itu hak masing-masing dan saya terima pandangan semua pihak,” ulasnya lagi.

Jelas Sam lagi, ketika isu ini tular, dia sedang menunaikan umrah di Mekah.

Ads

“Fikiran Saya Tak Sampai Ke Tahap Liberal Atau …,” – Kontroversi Filem La Luna, Ini Respon Shaheizy Sam

Malah, dia juga sempat bertanya dengan beberapa ustaz di Tanah Suci dan ternyata mereka memiliki pandangan berbeza.

“Saya ada berborak dengan ustaz-ustaz di Mekah. Mereka sudah menonton dan tidak melihat sebarang masalah.

“Sebab itu saya katakan, ada ustaz yang akan bercakap tentang pandangan dia dan ada juga ustaz yang berikan pandangan lain.

Ads

“Kerana itu juga saya tidak mahu memberikan pandangan sebab ia mungkin tidak diterima individu lain.

“Terpulanglah pada hati mereka nak meletakkan hukum filem ini di mana,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, Sam menyifatkan filem ini mempunyai jalan cerita dan mesej yang baik untuk disampaikan kepada penonton.

“Fikiran Saya Tak Sampai Ke Tahap Liberal Atau …,” – Kontroversi Filem La Luna, Ini Respon Shaheizy Sam

“La Luna ini merupakan salah satu filem kesukaan saya. Fikiran saya tidak sampai ke tahap liberal atau mengetepikan agama.

“Saya tak anggap begitu kerana saya beragama Islam. Segalanya berbalik kepada pandangan individu,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI